Aisiqa selamat lahirkan anak pertama

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pengumuman kehamilannya menggemparkan seluruh pulau Temasek, dan kini, syukur pelakon dan peragawati ayu itu sudah pun selamat melahirkan anak perempuan sulungnya!

Berkongsi di Instagram, Sheiryn Aisiqa Sinclair menulis:

Bidadariku, Ayva Lea Sinclair, kami sungguh sayangkan kamu.

Aisiqa juga menulis tarikh puterinya dilahirkan iaitu pada 8 Disember, Selasa lepas di Hospital Gleneagles.

Selain itu, Aisiqa juga mengongsi gambar sijil di mana beliau mengalami sentuhan kulit dengan anaknya (skin-to-skin contact) selama satu jam, tanpa gangguan.

Siaran yang mempunyai lebih 3000 sukaan itu dibanjiri komen-komen oleh para peminat dan rakan artis, mengucapkan tahniah buat ibu baru itu.

Semoga baby Ayva Lea sihat selalu dan kami pasti secomel dan seanggun ibunya! Lebat eh rambut anak dia!! Geram!

Tahniah sekali lagi kepada ibu bapa baru, Aisiqa dan Dave Sinclair!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram iam.aisiqa)

Advertisement

6 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s