Selebriti mana yang paling meleTOP Halloween ini?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sempena Halloween semalam, beberapa selebriti setempat sempat memperagakan busana menarik lagi menawan untuk menyerikan lagi perayaan ini.

Ia sudah menjadi satu tradisi untuk memakai watak-watak popular atau untuk menghidupkan zaman kanak-kanak dengan memakai kostum atau pakaian watak, meme, barang, ahli politik, artis kegemaran untuk festival ini.

Siapakah selebriti setempat yang menawan hati anda Halloween ini?

Sheiryn Aisiqa

Sheiryn Aisiqa bersama suami dan anaknya memakai kostum bertemakan rancangan kanak-kanak popular zaman 60-an, The Flintstones!

Memakai kain serba putih sebagai Wilma Flintsone, suaminya dan anaknya memainkan watak Fred dan Pebbles Flinstone masing-masing. Comel sungguh, kan?

Hanan

Hos saluran YouTube malap Karak, Hanan, mengongsi gambar seram di mana dirinya berlakon menjadi seekor hantu buat drama Misteri Jam 12.

Menurut catatannya di Instagram, episod di mana dia akan muncul bakal ditayangkan minggu ini! Namun, Min kurang pasti dia ni hantu apa. Korang tahu? Walau bagaimanapun, seram tengok solekan menggerunkan ini!

Munah & Hirzi

Pasangan yang mengasaskan YouTube Singapura, Munah & Hirzi juga slay Halloween ini! Bertemakan ‘selebriti yang tiada lagi’, Hirzi mempergayakan penyanyi Prince manakala Munah pula Cleopatra! Meletop lah mereka dua ni.

Korang dah tengok Munah jadi Kak Pon? Extended tau shownye!

@prince.syed.shahid

Hadiah Kami Akan bagi siapa dalaf Jawab dengan betul, produk apakah Yang Kami sedang pegang ni , hadiahnya adalah makan dinner mewah bersama Kami 🥰

♬ оригинальный звук – 松野千冬

Pelanduk dua serupa ke ni?

Erwin Ismail

Alamak… taccod!

Kenapa solekan zombie Erwin Ismail ni amat realistik eh? Dari bola mata, kulit kepala yang terkopak, warna muka dan semuanya.

Farhan Shah

Fuh, kencang seh Farhan Shah jadi Jack Sparrow!

Lengkap dengan kelawar lagi, Min suka! Effort dia edit gambar.

Aiman Haikal

Comelnya Aiman jadi jin berdasarkan cerita dongeng klasik Disney Aladdin! Berketak sungguh badannya.

Yang penting, eye shadow dia pun biru tau, cukup lentik sekali.

Sepertinya syarikat Night Owl Cinematics sudah pun kembali sedia kala setelah identiti sgcickenrice tersebar luas oleh Xiaxue!

Sofia Dendroff

Sofia Dendroff ni memang betul-betul nampak macam Jedi tu lah dalam filem sequel trilogi Star Wars, kan?

Dengan kain berwarna beige, serta light saber biru dan rambut yang diikat tu memang macam Rey Skywalker. Terpegun Min melihat posingnya yang meluahkan alpha female vibes.

So, kegemaran korang siapa? Min ade terlepas sesiapa tak?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Aisiqa, Hanan)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s