Drama bersiri Misteri Jam 12 akan datang

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, tular di Facebook gambar-gambar yang dikongsi selebriti setempat, Khairudin Samsudin. Gambar tersebut menunjukkan beberapa adegan drama bersiri terbaru Suria yang dipercayai berdasarkan rancangan popular Ria 89.7FM, Misteri Jam 12 (MJ12).

.

Rancangan seram yang berkumandang di radio setiap malam hari biasa itu amat sinonim dengan DJ KC, yang telah mengendalikan rancangan tersebut bertahun lamanya. Kini, ia dikelolakan oleh DJ Saffwan Shah dan Adi Rahman (kot?).

Dalam siaran yang dikongsi lebih 700 kali itu, pelakon Fatin Amira dan Shahril Wahid dilihat memegang watak dalam drama tersebut.

Melalui tanda pagar Khairudin, ada chance bahawa dirinya merupakan pengarah bagi episod/drama bersiri genre hantu ini!

Dapatkah drama bersiri ini melonjakkan lagi jumlah pendengar atau peminat MJ12 seperti dahulu kala?

Mungkinkah ia meningkat kesedaran akan video-video ala POV yang diterbit Ria?

Min pasti drama bersiri ni akan menjadi HIT kerana orang Melayu kita memang suka benda-benda berkaitan alam ghaib. Ratings pasti MELETOP punya!

Tapi persoalannya, seram tak? Lakonannya bermutu tak? Kita nanti dan tengok saje ye bila dah keluar kat Mediacorp Suria bulan sepuluh nanti!

Sebelum ini MJ12 pernah dijadikan sketsa dalam DVD Misteri Jam 12 Kronik hampir sedekad yang lalu.

.

Boleh tonton secara… haram di YouTube.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Khairudin Samsudin)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s