Facebook Nana Karia digantung dek ‘underage’

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

‘Tidak cukup umur’ menjadi penyebab bagi akaun Fesbuk Nana Karia, digantung.

Itulah yang dikongsi penyanyi setempat itu yang sudah pun menjangkau umur 40 tahun.

Menurut gambar yang dikongsi di Instagramnya, Facebook mendapati bahawa Nana Karia belum cukup dewasa untuk berada di wadah media sosial itu dan akan memeriksa sekali lagi. Sekiranya mereka masih mendapati bahawa Nana tidak cukup umur, akaunnya akan digantung buat selamanya, dan Nana tidak akan diberi peluang untuk tidak setuju dengan keputusan Facebook lagi.

Di kapsyen pemenang SG Mania 2016 itu menulis “Saya bukan main-main… Saya 41, dan bangga dengan umur saya.”

Memang baguslah Nana bangga dengan umurnya! Harus gitew.

Apakah yang menyebabkan Facebook untuk membuat keputusan begitu?

Sebelum ini, Nana berkongsi bahawa terdapat seseorang melaporkan dirinya sebagai tidak cukup umur. Nana mengaku bahawa dirinya tidaklah setinggi mana dan masih muda… tapi sememangnya, Nana bukanlah tidak cukup umur untuk Facebook! Mungkin Nana nampak awet muda selalu… hehe!

Kami harap Nana akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memiliki semula akaunnya itu.

Menurut artikel Straits Times, seseorang itu harus mencecah umur 13 tahun untuk memiliki akaun Facebook. Peraturan yang sama juga dikenakan untuk wadah media sosial yang lain.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: Instagram Nana Karia)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s