Nana Karia, Ezad lancar single terbaru

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Single gabungan Ezad Lazim dan penyanyi setempat, Nana Karia dilancarkan secara rasmi semalam.

Itulah yang dikongsi media Malaysia pada 3 Ogos.

Berjudul ‘Meski’, karya gabungan dua penyanyi bersuara lantang itu boleh didengari di wadah penstriman Spotify.

Walaupun berada di dua negara berbeza, ia tidak menghambat dua penyanyi itu untuk bekerjasama meskipun dalam keadaan pandemik sewaktu merakamkan lagu ini.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Jaybon Osman. Nana sendiri menulis liriknya.

Di YouTube, muzik video Meski sudah mencecah lebih 100,000 tontonan!

.

Nana Karia yang memakai busana merah mengongsi detik-detik sidang media di IG Storynya.

Menulis di Instagramnya, Nana yang berada di Hotel Royal Kuala Lumpur ketika itu berasa nerbes untuk acara ini.

You did a great job! Kami bangga Nana membawa nama Singapura tau! Syabas.

So, tunggu apa lagi? Dengarlah lagu mereka.

.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: YouTube Jaybon Music Production)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s