Saluran YouTube kedua KC cecah 10,000 subscriber, Malam Seram kenek ban

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

YouTuber tersohor, KC Champion telah meraih 10,000 pelanggan di saluran YouTubenya kedua iaitu ‘KC Champion’ di mana mantan juruhebah Mediacorp Ria itu membuat vlog serta reviu produk dan makanan.

Sementara itu, saluran utamanya kini mempunyai 210,000 pelanggan!

Namun begitu, setiap berita gembira pasti ada yang kurang menyenangkan. Apa yang Min maksudkan adalah sesi LIVE Malam Seram yang digantung buat sementara waktu.

Itulah yang dijelaskan oleh bapa dua anak itu dalam video yang dimuatnaikkan semalam.

Menurutnya, YouTubenya disekat atau ban atas sebab-sebab copyright. Sekiranya anda peminat Malam Seram atau sering tonton video KC, anda pasti sedar bahawa kadang-kalanya KC gunakan video atau gambar yang didapati dari sumber luar.

KC mengaku bahawa adanya dia memberi kredit kepada pemilik atau membeli video itu untuk digunakan. Tapi ada masa juga pemilik video tidak benarkan video/gambar mereka di video KC. Mungkin di situlah YouTube tidak benarkan KC mempunyai sesi LIVE lagi.

Ini merupakan strike pertama saluran Malam Seram. KC tidak dibenarkan mengendalikan Malam Seram secara langsung selama 3 bulan hingga Mei. Oleh kerana itu, KC akan membuat LIVE di saluran ketiga iaitu Malam Seram Podcast Channel.

Buat masa ini, KC akan mengadakan LIVE di saluran podcast ini. Setelah itu, KC akan privatekan video tersebut dan memuatnaikkan video itu di saluran Malam Seram untuk pelanggan setianya. Terutama sekali mereka-mereka yang membayar secara bulanan.

Nasiblah KC dapat cari jalan penyelesaian! Semoga KC dapat ke sesi LIVE di Malam Seram pada bulan Mei lagi! Sesungguhnya YouTube memang ade banyak restriction ye.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram dan YouTube KC)

Advertisement

6 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s