Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Jika kita bandingkan rancangan realiti Malaysia dengan Anugerah, banyak perbezaannya.
Sebagai contoh, penyingkiran.
Pada minggu pertama, jarang sekali ada penyingkiran. Ini kerana minggu pertama adalah minggu di mana penonton dapat mengenali peserta dan bermesra dengan para peserta.
Seumpamanya, rancangan meletop Gegar Vaganza, Big Stage dan macam-macam lagi yang boleh anda tonton di Astro atau saluran YouTube TV3 dan lain-lain!
Selain itu, terdapat minggu-minggu tertentu di mana secara ‘terkejut’, tiada penyingkiran diadakan. Ini agar fan favourite dapat teruskan perjuangan mereka dalam peraduan itu. Pada masa yang sama, kekalkan ratings rancangan tersebut!
Ataupun, para pengadil diberi kuasa untuk selamatkan peserta yang berada di tangga di bawah. Ini menambahkan lagi keseronokan menonton rancangan realiti tersebut.
Dengan cara begini, rancangan itu memberi lebih air time kepada para peserta. Ini bermakna, penonton dapat menonton dan mendengar nyanyian peserta-peserta dengan lebih lama lagi. Memberi penonton lebih masa untuk mengenali para peserta.
Bukan sekadar itu, selalunya setiap peserta akan membuat persembahan dalam 1 malam. Bukan terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Ini bermakna penonton dapat melihat peserta setiap minggu, justeru, mengingati para peserta dengan lebih baik.
Tidaklah seperti Anugerah 2021 di mana anda hanya boleh saksikan peserta Kumpulan A dua minggu kemudiannya. Ini membuat penonton terlupa apa yang berlaku pada minggu Kumpulan A.
Malang sekali, hanya pada minggu kedua pertandingan ini, kami sudah lihat dua penyingkiran! Ini bermakna, seramai enam peserta akan disingkirak dalam pusingan kedua Anugerah 2021 dalam masa 3 minggu. Hanya sembilan peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya.
Entah mengapa, dua peserta disingkirkan. Terlalu pantas gitu. But, we can’t expect terlalu banyak dari Suria, ya. Andry Darwisy dan Awwcappella terkecundang dari pentas Anugerah 2021, manakala Saát menjuarai persembahan malam tadi.
Suria sepatutnya fikirkan semula dan rombakkan konsep Anugerah jika mereka ingin kekal relevan!
Orang baru nak warm-up dengan peserta, nak kenal-kenal, diorang dah singkirkan. Ape je!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Suria)