Siapa Jaga Mak layak menang Pesta Perdana 2023

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya, Suria sudah ada pun kayu ukur yang patut drama-drama lain patuhi. Yes, Min dah binge watch kesemua epidos.

Siapa Jaga Mak, sebuah drama yang mengisahkan para pengasuh yang menjaga orang tua, sememangnya mutu dan standard drama yang harus dicontohi drama-drama setempat akan datang.

Bahkan, sekiranya pada tahun ini sehingga 2023 tiada drama yang dapat menandingi drama yang dibintangi Aishah Ahmad, Khairudin Samsudin, Iskandar Ismail, Nurul Akhmar, Suhaillah Salam, Fadhillah Samsudin, Fauziah Zie, Fauzah Mohd Noor, Arfah Mohd Said, Sufian Ahmad dan ramai lagi  ini, drama ini harus dan patut merangkul banyak anugerah di malam penuh gah, Pesta Perdana 2023!

Jalan ceritanya yang penuh drama, saspens, konflik, amarah, pengkhianatan, cinta, pengorbanan, kekesalan dan bermacam lagi, mengasyikkan lagi pengalaman menonton drama 13 episod ini.

Selain inti drama yang segar lagi mendebarkan, lakonan pelakon-pelakon dalam drama ini juga amat mendalam dan meyakinkan lagi. Ini tidak akan menjadi sekiranya skripnya tidak ngetop.

Mendengar skrip yang dilafazkan para pelakon, dapat terasa bahawa keindahan Bahasa Melayu kita sungguhlah kaya dan membuat penonton terdorong untuk melestarikan bahasa ibunda ini. Penggunaan peribahasa, pantun, kosa kata yang jarang didengar dalam skrip Siapa Jaga Mak amat menarik sekali.

Ini kerana jika kita melihat drama-drama baru yang lain seperti TaiTai Berkecai, terlalu banyak unsur-unsur Inggeris yang diterapkan dalam drama tersebut. Kononnya ingin menonjol kepada penonton muda yang lebih selesa berbahasa Inggeris. Tetapi, drama meletop ini membuktikan sebaliknya! So Suria, takde lagi drama merepek yang 60% Inggeris, ok?

Jika anda dah tonton kesemua episod, pasti anda tidak menyangka kesudahannya kan? Cerita ini memberi iras-iras bahawa watak ibu yang akan pergi. Kerana dia sakit barah, dah tulis wasiat dan adegannya yang konon akan dilanda malapetaka di tandas hospital. Tapi… yang meninggalkan keluarga tersayang adalah Norliza, seorang anak dan ibu yang telah mengorbankan masa dan kesihatannya demi kesejahteraan ibunya.

Tanpa kita sedari, Norliza yang sibuk menjaga maknya juga seorang mak. Sedangkan dia mengorbankan segalanya untuk menjaga maknya, penjagaannya tidak diendahkan. Ini membuat Min tertanya-tanya, tajuk “Siapa Jaga Mak”, siapakah “Mak” yang dimaksudkan..?

GITEW UOLLS! Very the falsafah realness.

Selain itu, apa yang ‘fresh’ dalam drama Melayu ini adalah kedinamikan watak-watak dalam keluarga Mariam. Seorang ibu yang tegas akan pelajaran anaknya dan mahu mengawal segala gerak-geri anak-anaknya.

Malangnya, akibat kelakuannya sendiri, Mariam ‘dimarahi’ anaknya kerana tidak percayakan anaknya dan sanggup mengintip anaknya. Satu kelakuan yang amat memalukan!

Ini menunjukkan bahawa Suria bersedia untuk menukar persepsi akan tanggungjawab ibu bapa tradisional. Dalam zaman serba moden ini, anak-anak lebih hargai keperibadian dan kepercayaan. Ibu bapa harus bersedia untuk menerima teguran daripada anak-anak kerana mereka juga boleh perbaiki cara keibubapaan mereka.

Bukan setakat tengok video agama yang cakap bapak tak bayar nafkah pun harus hormat. LMAO.

Bagi anda yang belum tonton, go watch it! Berbaloi masa anda. Pasti akan berlinangan airmata anda.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Suria)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s