Tanpa membuang masa, jom mulakan ye! Apa yang panas dalam episod 7 & 8??
EPISOD 7
Hahaha kurang asam eh bini ustaz. Harap je tudung labuh.
Jangan nak buang duit. Nanti mak kau balik terus havoc.
Hahaahha dia ni eh dah la perasaan lebih abeh nak bawak diri???
Kan, dah bukak tudung segala. Si Sapiah ni apa terlalu emosi.
Ni la suamiku ustaz versi Singapura. Ustaz Fazli memberitahu isterinya bahawa dia berhak rasa cemburu namun dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu di depan khayalak ramai.
Kesian Sapiah ada kerja rumah nak buat. Si Rita Ora ni macam takde kerje eh asyik keluar.
Hahaha birthday party siol. Apa? Doa selamat? Alhamdulillah!
Rita pun suruh Sapiah bawa pakwe dia. Si Sapiah kata dia dah takda pakwe dah. Memang kau takde. Kau je feeling!
Rizuan berjumpa dengan rakan lamanya untuk berbual hal bisnes. Rakannya sarankan Rizuan untuk berbuat bisnes dengan orang Melayu.
Ambil kesempatan ke? Tak malu isteri kau kerja kat masjid? Akhirnya perlukan pertolongan isteri jugak. Eh orang masjid nak tahu halal haram selok-belok bisnes tau. Kau punya semua haram. Hmm, ni Norlela pakai tudung ala-ala Krismas ke?
.
.
.
Sapiah sudah letih menjaga cucu dan mahu kebebasan serta wang.
Abang Long menjemput Irma pulang setelah Irma tamat kelas malamnya kerana Abang Long solat di masjid berhampiran. Hmm.. Sengaja.
Dua-dua memang nakkan antara satu sama lain. Tapi tanak mengaku.
Kan. Syok lattew.
Sapiah menyuruh Irma cepat-cepat mencari penjaga buat anak-anak Irma. Irma pun ke rumah Kak Eton. Sepatutnya, Irma ke EtonHouse hahahaha. Malangnya, Kak Eton tidak mampu menjaga 3 orang budak kecil.
Rizuan dengan “sukarela” membuat renovasi tandas di masjid. Hmm… Si Kepo pun memberitahu Norlela dan memuji Rizuan sekali lagi.
Norlela tanpa lengah-lengah berdepan dengan suaminya. Dia tahu apa tujuan sebenar suaminya itu.
Babak ni geli gila nak mampus. Sekumpulan anak muda memanggil Sapiah “barang baik”???? YUCK. Fetish MILF ke? Tudung si Rita macam hais tak tau macam apa. Rita memuji Sapiah dengan menggunakan perkataan “bergetar” HAHAHAHAHAHAIS
Amek kau. Ingatkan doa selamat. Diorang pergi karaoke! HAVOC ah makcik tudung ni. Dari masjid ke karaoke.
Mamat ni memang nak mengurat Sapiah Sofia.
Sofia kini telah menjadi ahli KEJADU: Kelab Janda Duda hahahahahahaha. Kesian eh kalau satu daripada mereka dapat jodoh terus kenek buang!
Eh geli la pakcik ni?? COOL BABY. Yuck la. Bila saya dah tua nanti harap-harap tak jadi jijik macam gini eh. Hmm Abang Hot siapa? I pun nak tau. Hot macam mana?
Eh alamak! Apa ni? Oh bayangan si Sofia je yang masih belum melupakan Abang Saleh. Hmm.. Ni ke Abang Hot? No komen la eh. Gila.
Khairul cuba untuk menegur perbuatan ibunya namun ibunya tidak ambil peduli. Ibunya amat suka akan kehidupan barunya itu.
Khairul menggesa Ustaz Fazli untuk bernikah dengan ibunya. Ini kerana Khairul tidak mahu melihat ibunya membuat dosa dan ditipu lelaki lain.
EPISOD 8
Tapi apakan daya. Ustaz Fazli tidak mahu berpoligami kerana ia satu perkara yang sensitif dan pikulan seorang suami yang berpoligami amatlah besar.
Memang mak kau je yang terlalu perasaan.
Rita bertanya bersama Sapiah mengapa dia tidak mahu bernyanyi di kelab karaoke. Kerana Sapiah malu. Malu??? Eh Rita. Tudung kau #PasukanMalaya??
Ibu Rahim berjumpa Rahim di penjara namun Rahim tidak berterima kasih. Dia meninggikan suaranya dan memarahi ibunya kerana tidak membawa anak-anaknya. Rahim juga berkata ibunya tidak perlu melawatnya jika tidak membawa anak-anaknya. Eh, kau tak takut dosa eh? Pekik kat mak kau. Syurga di bawah tapak kaki ibu, oi.
Eh eh. Untuk anak manja kau semua kau buat eh. Suruh si Abang Long amek anak-anak Rahim. Betul kata Abang Long, takkan nak bilang anak-anak Rahim yang bapak dia kat lokap???
Wow pergi urut ke? Hmm tak mampu tak payah sudah.
Rita pun menasihatkan Sapiah bahawa Mak Jans harus menjaga kesihatan dalaman dan luaran agar dapat mencari jodoh kelak. Si Rita berkata bahawa Abang Hot merupakan ehem-ehemnya.
Abang Long tetap berjumpa Irma untuk meminta kebenaran Irma untuk membawa anak-anaknya melawat Rahim. Namun Irma tidak membenarkan kerana tidak mahu anak-anaknya tahu bahawa bapa mereka di penjara.
Oh, nak melabur dalam syarikat segala. Kalau gitu, berhenti sekolah sudah.
Ha kau. Kenal tak? Khairul dapat mengecam muka si Zul ni tapi Zul tidak tahu Khairul siapa.
Rizuan mempunyai harapan bahawa Aley akan pulang ke Singapura setelah tamat pengajiannya dan menolong bisnes Rizuan. Saya rasa Aley takkan pulang dengan segulung ijazah. Dia akan pulang dengan segulung permaidani. Di dalam permaidani itu tersimpanlah jantan-jantan yang telah meletakkan benih di dalam diri Aley.
Eh yuck seriously?? Kau 5eva kat clubbing 24/7 dengan orang tua pulak tu. Orang tua takde duit??? Kalau kau ada fetish daddy pun biarlah yang bergula (sugardaddy)! Sampai bila nak mintak duit daddy? Mintak duit sugardaddy la!
Abang Long mendaftarkan Mirza dan Sofi ke tajaka setelah diberitahu bahawa Irma sedang berkial-kial mencari seorang penjaga buat anak-anaknya.
Irma tidak dapat menerima tawaran Abang Long kerana Irma tidak mampu. Namun, Abang Long kata Abang Long akan membiayai segalanya. WOW! Abang Long pun sempat kata “Abang Long nak rasa hantar anak sendiri, amek anak dari sekolah, ajar homework tapi abang takde anak” Hmmm… Mengurat la tu. Terus terang sua.
Zul memberitahu masalah peribadi kepada rakan kerjanya, Khairul. Eh korang baru berkenalan dah cerita pasal keluarga semua eh. Cepat eh? Tengok muka si Khairul tu. Kesian, kau hina mak dia.
Kerja hotel sebagai chambermaid. Rumah sendiri tanak kemas. Hotel nak kemas. Hmmmmm.
Ni dua-dua aku suka. Memang dua-dua perangai Melayu. Satu tak percaya si Rizuan kerana ragu-ragu. Satu terlalu percaya Rizuan.
Kan, mulalah dia nak sebarkan motif sebenarnya!
Wow sanggup pergi rumah Irma sorang-sorang eh kau? Untuk anak kesayangan semua boleh!
Haha ni kelakar. Laki yang bayarkan yuran semua ANAK KAU.
Huh? Padan muka Irma??? Eh, anak kau tu tak bagi nafkah. Jadi, lebih baik kalau anak kau ceraikan. Irma tak rugi apa-apa pun, bodoh. Sapiah malas nak layan kebodohan kau.
Kau yang gila.
Dia halau kau macam anjing? Macam mana dia halau? Campak tulang ayam abeh kau kejar? Setakat hempas pintu je kan??
KAN TERSEDAK. Siapa sebut eh?
Eh eh si Abang (tak) Hot ni. Dah duduk buat hal duduk je la masih nak joget segala. Kelakar eh minum teh bunga dan jus? Sebab dah tua so kenek jaga makan minum hahahaa.
Hmm. Macam mana kau dapat cari ahli-ahli KEJADU eh? Fesbuk? Masjid?? Ke kat mahkamah bila proses penceraian? hahahaha
Eh geli sak pakcik tua ni. Dah la drebar teksi. Kalau aku ternaik teksi dia aku rasa aku pecah tingkap abeh lari sia. Sofia nak pergi tandas pun nak ikut.
Eew? Kalau ada hingus kat sapu tangan tu? Atau air mani??? Faham-faham lah orang tua dah lama tak dapat! Sempat eh si Sahlan ni mintak nombor. Kononnya “pengerusi apa yang tak ada nombor ahli?”.
Ha kan Superwoman dah muncul. Kenapa Superwoman?
.
.
.
.

Abang Long kini lebih prihatin akan Irma dan anak-anaknya. Kededua mereka mempunyai perasaan terhadap satu sama lain tetapi tidak mahu mengaku. Rizuan mengajak jemaah masjid untuk melabur bersamanya namun isterinya tidak setuju akan perbuatannya itu kerana dia tahu bahawa Rizuan mempunyai motif lain. Sapiah pula sudah balik ke perangainya yang dahulu. Apa yang akan terjadi kepada Sapiah apabila Rita mendapat tahu bahawa Abang Hot cuba mengurat Sapiah/Sofia?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Suria’s Toggle & Google)
[…] Ayang, Anje aoouumm. Lakonan yang sungguh meyakinkan. Ini kerana lirikan mata dan cara penyampaian lakonan Syaiful amat terserlah dan dapat dirasai oleh penonton. Maklumlah, dapat berlakon dengan Sugar Mummy Hashimah Hamidon daripada drama Mengejar Mentari. […]
LikeLike