Rahim menceraikan Irma apabila Irma ingin berbaik dengannya. Norlela dapat membantu masalah Rizuan dengan menjual rumah banglo mereka. Sapiah kini mempunyai perasaan terhadap suami orang, Ustaz Fazli. Apa yang bakal berlaku dalam episod 5 & 6?
EPISOD 5
Setelah Rahim menolak Irma, dia terus lari pecut seperti orang pengecut. Abang Long mempelawa Irma untuk hantarnya pulang. Sungguh gentleman.
Ha kau. Keluar kereta je terus melalak tak tentu pasal. Si Abang Long bukannye nak hantar terus masuk hospital tau. Kan dia jatuh! Pergi je la. Dah sampai tempat letak kereta kat rumah Irma baru nak pergi hospital.
Rindu cucu abeh malas nak jaga? Hmmm. Sama anak dengan mak dua-dua malas!
Rahim pun memberitahu ibunya yang Irma mengandung anak jantan lain. Ibunya pun mempercayai kata-kata anak tersayangnya. Eh bodoh eh kau percaya anak kau??? URGH!!!!
Amek kau. Kau mampu pintal tuala macam ni?
Eh dah la. Kau tak payah sekolah nak pergi Poly segala. Kau kerja je sepenuh masa! Dah la tak pergi sekolah. Tak faham.
Rizuan menyelesaikan segala hutang-hutangnya agar bisnesnya bakal kembali seperti biasa. Alhamdulillah. Tu pun tak berterima kasih terhadap isteri kau.
Rizuan ternampak keluarga bahagia ini dan merindui keluarganya seperti dulu. Bunga matahari recycle nampak?
Eh eh doktor? Tak pakai gaun ke? Abang Long pun dah dapat tahu tentang kandungan Irma.
Sapiah amat risau tentang keselamatan Irma dan cucu-cucunya dan bercadang untuk ke rumah Rahim.
Ibu Rahim berkata bahawa Irma hamil anak haram dan ini amat membingungkan Sapiah dan Khairul. Sapiah pun berkata bahawa anak dalam kandungan Irma adalah anak Rahim yang sah dan halal.
Walaupun begitu, Ibu Rahim tidak percaya dan berkata bahawa Irma mempunyai perangai yang sama seperti ibunya. Suka berfoya-foya dengan jantan. #astaghfirullah!!!!!! Kau tu perangai sama macam anak kau. Padahal ni masalah Irma dengan Rahim abeh kau nak cari pasal dengan Sapiah yang kini sudah berhijab!
Macam sinetron. Culik je tak kisah la.
Rizuan masih ingin Aley belajar di Perancis dan merahsiakan masalah kewangan mereka daripada Aley. Rizuan ingin yang terbaik untuk Aley.
Kau duduk kat Perancis dan mati kat sana lagi bagus, dok.
Ni skrip paling merepek. Rizuan menanyakan soalan kepada Norlela, “nak pergi mana untuk holiday?” Ni yang si Norlela jawab. Betul ke tak??? Rumah kau besar berbanding sesetengah hotel. Erm ok? Abeh rumah kau ada pantai? Ada gunung-ganang? Ada istana diraja? Ape sak????
Tudung ala-ala Mesyo
Eh eh. Dia belum tutup aurat!! Tutup pintu tu jangan nak eksyen jeling tengok benda lain.
Si dekni apa sia siram pokok bunga gunakan baldi dengan gayung hahahahaha #kampung. Tapi aku rasa orang kampung pun ada irrigation seh. Automatis hahaha.
Irma memberitahu ibunya yang kandungannya gugur. Mereka berpelukan kerana sudah lama tidak berjumpa aka ~24jam. Anda sedang menyaksikan rancangan Jejak Kasih.
Eh eh si kepo ni. Si kepo memberitahu Norlela bahawa Norlela sudah diberi jawatan tetap di masjid dan berborak sedikit dengan Rizuan hal bisnes la konon. Puji Rizuan sampai ke awan sebab dia Melayu berwawasan. Berwawasan? Berwawas tu ada lah. Si Rizuan pun merepek. Tinggal kat HDB kau kenek bermesra dengan semua bangsa, bukan Melayu je ngok.
Si Irma, Khairul, Mirza & Sofi tu siapa? MONYET? POLONG? PATUNG? KERUSI?
Eh eh si ustaz ni pun memberi tanggapan yang salah kepada si Mak Jan ni. Hantar mesej la, ni la, tu la.
Makcik-makcik masjid mula merasa curiga…
Huh???? Kerja admin pun salah?? Kau sedar tak yang kau sekarang dah tak macam dulu lagi????
Yang kau panggil anak haram tu anak KAU. Abang Long berjumpa Rahim semata-mata untuk memberitahu bahawa anak dalam kandungan Irma telah gugur akibat insiden di lobi lif itu.
Dah mabuk cinta sampai periuk punya tempat tutup pun kau nak lap??? Tu Puteri Salat tu untuk ustaz la. Hmm. “Pick-up kuih” ke?
Si Rahim ni gila ke??? Dia telefon tempat kerja Irma? Hey! Tu tempat orang cari rezeki bukan untuk selesaikan masalah rumahtangga!!
Eh, sebelum si Abang Jambang ni muncul, rumahtangga kau memang dah porak peranda. Kau nak salahkan si Abang Jambang apa hal?? Salahkan diri kau tu!!
EPISOD 6
Amek kau sampai tergolek semua.
Eh, kau ni terlalu sayangkan anak bongsu kau eh? Dia yang salah pe.
Buang masa je Abang Long kau datang sini.
Eh polis bodoh pe tak tau nak kawal??? Abang Long tidak dapat menahan api kemarahan apabila Rahim mengatakan bahawa isterinya sendiri merupakan seorang perempuan murahan. Bagus Abang Long! Melindungi maruah si Irma.
Satu bangunan dah berbual pasal insiden yang berlaku kat tempat meletak kereta tu. Ish si Rahim eh suka jatuhkan maruah orang tau!
Ya Allah? Alhamdulillah la! Jadi senang kau boleh cerai dengan si Rahim tu.
NETTY! Kalau kau tak bilang si Rahim yang Irma ngandung, ni semua takkan terjadi. Tengok muka si Irma tu. Macam nak kasi kau satu biji penumbuk je.
Pasal tempat duduk pun nak buat hal. Macam budak kecik. Duduk je la mana-mana.
Dah mula la tu sesi berangan dan berperasaannya. Si ustaz ni pun eh. Macam kononnya berikan harapan kat si Mak Jan ni.
Dah lama tak nampak kat masjid? Mana menghilang?
Geli sak. Syiok sendiri sia si Sapiah ni. Tidur mesti mimpi basah.
Rizuan memberi pesanan ringkas kepada Aley untuk memberitahunya bahawa dia telah menghantar wang. Namun, Aley masih tetap marah dan tidak membalas pesanan daddynya itu. Dia juga masih berada di kelab malam hais. Tak sekolah ke?
BONUS: Saya telah membuat kajian perihal zon masa (timezone) Perancis dan Singapura. Rizuan menghantar SMS ini kepada Aley waktu tengah hari. Kira-kira 2-4 petang. Jarak masa antara Singapura dan Perancis adalah 6 jam. Sekiranya Rizuan menghantar SMS kepada Aley pada jam 2-4 petang, Aley menerima SMS itu pada jam 8-10 pagi waktu Perancis. ORANG GILA JE PERGI CLUBBING PAGI-PAGI BUTA BODOH.
Wow! Macam keluarga bahagia makan bersama segalanya. Kat PappaRich lagi! Irma berjumpa Abang Long untuk mendapatkan pendapat Abang Long kerana Irma mahu mengambil kursus sambilan supaya dia dapat mencari kerja yang lebih bagus. Ni saya suka. Wanita yang berfikir jauh! Si Rahim? PUI.
Abang Long memberi wang kepada Irma dan Irma menerimanya tanpa bermain passing baton.
Tu tak sabar lah nak mengurat? Sampai telefon Irma suruh dia balik awal la padahal Irma tengah sibuk mesyuarat.
Mak kau nak menggatal.
Makcik-makcik masjid semua dah meluat tengok kau Sapiah, JIJIK!
Kau nak nangis apesal?? Memang Rahim tu salah. Kau nangis pun tak guna. Dia ada kasi kau duit ke? Tak kan? Jadi, lebih mendatangkan faedah lah bila dia masuk lokap! Dapat jimat duit api/air!
Tak baik kalau ada syakwasangka yang buruk TAPI AKU RASA MEMANG DAH KANGKANG HAHA. Nak gosip pun tak tau nak tengok kawasan sekeliling ke? Anak dia tu kat situ oi!!!
MESYUARAT TERGEMPAR.
Huh??? Kau biar betul?? Ke kau cuma angan-angan je? Hais.
Oh Husin masih suami yang sah? Adakah watak Husin akan muncul lagi dalam musim ini?
Si dekni menelefon isteri Ustaz Fazli kerana tidak mahu mendiamkan diri dan melihat mahligai Ustaz runtuh. Kau telefon ke? Tengok handphone kau tu. Main menu kan?
Bagus la tu melamarkan diri sendiri. Sanggup.
Kau nak bermadu? Kau ni tak serik eh? Ok la kau nak suami yang boleh bawak kau pergi Jannah. Eh banyak Pak Haji duda yang berharta tapi si dekni jugak kau nak.
Kan bini dia pakai tudung laboh. Nanti dia tarik tudung kau baru tau.
Kini Rahim di dalam penjara dan ini dapat mempercepatkan proses penceraian Irma dan Rahim. Norlela sudah pun bekerja dan dapat membantu Rizuan. Sapiah berterus terang dengan ustaz namun perasaan cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Apa yang akan terjadi kepada Sapiah? Adakah dia masih ingin bermadu atau ingin mencari lelaki lain? Irma dan Abang Long semakin hari semakin rapat. Hmm… Mungkinkah bisnes Rizuan akan berjaya dan hidup senang seperti dahulu kala?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle)
[…] ingat lagi tak dia mainkan watak Aley di MM2. Suka boros wang bapaknya kerana asyik klubbing pukul 4 […]
LikeLike
[…] bermain kayu tiga. Liana merupakan seorang pemusnah mahligai. Seperti ibunya, Sapiah, dalam drama Mengejar Mentari!! Bak kata pepatah, bagaimana acuannya, begitulah kuihnya ya. […]
LikeLike