Irma berasa serba salah apabila ingin menggugurkan anaknya. Norlela ingin membantu suaminya namun suaminya tidak mahu. Sapiah kini menghadiri kelas-kelas agama untuk memperbaikkan dirinya.
EPISOD 3
Irma berjumpa dengan Mak Bidan/Nenek Kebayan untuk menggugurkan anaknya cara ghaib kerana tidak mampu membayar doktor. Nenek Kebayan memaksa Irma meminum semangkuk jus nenas yang telah dicampurkan bersama kunyit dan limau kasturi. Nenek Kebayan pun mulakan proses pengguguran dengan memasukkan tangannya ke dalam nonok Irma.
Yek eleh, ngigau rupanya. Tengok muka anak dia tu, “eh eh? Mak nak bunuh adik kita ke?”
Kau nak bohong dengan Mak kau???
Si dekni eh. Tak faham. Asyik tak pergi sekolah abeh mintak kawan homework. Takde attendance mark ke? Kerja sambilan je la tak payah sepenuh masa.
Eh, kau! Isteri kau nak tolong tapi kau je yang sombong. Abeh konon kau je yang tanggung segala implikasi. Merepek.
Isteri mithali abad ke-21.
Hahahaha kau pakai vitagen bersihkan karpet tu eh? Tu pasal kotor. Apa la si Rahim ni. Gunakan sabun salah pulak.
Irma membuat temu janji bersama doktor untuk menggugurkan anaknya. Namun, dia menukar fikiran kerana mahu berbaik bersama Rahim dan takut dosa.
Memang kesian si anak-anak tu tapi kakak kau tak kesian?
Puas hati di Golden Chance.
Norlela ke kedai pajak untuk memajak barang kemasnya. Dia amat terdesak dan memerlukan wang.
Berlian kau. Kau mampu? $5,000 je? Jual kat Carousell lah boleh buat bidding semua.
Eh si Norlela ni tak kira betul-betul ke? Terus masukkan dalam beg. Kalau tak cukup kau yang merana.
Eh, si dekni baru belajar pakai tudung tapi tudung dia macam-macam stail eh? Norlela berjumpa kakaknya. Hmm.. Udang di sebalik batu la tu.
Kan. Motif sebenar dah terkeluar. Eh, tudung dia macam pernah aku nampak. Sabar eh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makdatuk. Mana si Mak Jan nak cari $10,000??? Dia tak kerja oi. Duit CPF si Salleh pon dah habis.
Eh. Si Aley ni asyik clubbing kat Perancis je. Kalau mak aku hantar aku pergi Perancis, aku pergi muzium, nikmati keindahan alam dan mengenali budaya mereka!! Bodoh sak.
Mamat-mamat Perancis minat ke minah Melayu macam kau? Eh? Mamat Perancis macam mamat Melayu je.
Sengaja kan cakap macam gitu. Kau tau bos kau takde isteri dan keluarga. Asal dia pakai seragam abeh pakai seluar dungaree??? (Terima kasih kepada rakanku kerana memberitahu diriku tentang babak ini)
Watak baru ingin bertanya sama ada Sapiah ternampak seliparnya yang hilang. (Asal si watak baru posing macam baru habis tarian Melayu??)
Hmm. Tudung kau ala-ala #SG50 II eh? Kau ikhlas tak puji orang ni?
Kan. Aku dah bilang ini cerita pasal hijab.
Norlela tunggu sehingga suaminya meninggalkan rumah sebelum menjemput ehem-ehemnya ke dalam rumah.
Sexting ke?
Babak ini menimbulkan pelbagai persoalan. Walaupun Norlela dianggap sebagai seorang yang warak, dia tetap membiarkan rakannya memasuki rumahnya. Astaghfirullah! Tahukah anda jika anda berdua-duaan, orang ketiga adalah SYAITONNE. Norlela mengajak Nasir untuk melihat-lihat rumahnya untuk dijual, tanpa pengetahuan Rizuan.
Oh tau malu nak jumpa Irma kalau takde pape nak bawak.
Eh bagus eh. Dia tunjuk jari 3 je dia faham $300. Bagi $30 sua. Kawan ni simpan terlalu banyak duit dalam kocek dia eh?
Hmm kau tau ke saiz lampin anak kau? Kau tau jenama apa anak kau pakai? Kalau anak kau ada alahan macam mana?
Kan! Kenek tangkap kering. Si Rahim ni rilek sua. Kau ada prasangka buruk terhadap isteri kau kenapa? Memang patut isteri kau cari jantan lain. Kau tak guna.
Asyik muntah je.
Kesian Abang Jambang ni. Padahal dia innocent decent seh. Dia tak tau apa-apa pun abeh kau terus serbu. Kau terlalu ikutkan emosi cemburu kau yang tak bertempat! Dia cuma pegang si belakang Irma sebab Irma muntah pe.
Nasir dan Norlela melihat kereta Rizuan ditarik dari jauh. Korang ingat apa? WAYANG KE?
Norlela bersemuka dengan Rizuan dan bertanya mengapa Rizuan tidak mahu menjual rumahnya untuk selesaikan segala masalah.
Rizuan pun menceritakan tentang sebab sebenar dan Norlela kini memahami isi hati Rizuan dengan lebih mendalam.
Dah syok lattew. Gian.
Tangkap kering II. Kan suami kau dah dapat tahu.
Memang bagus eh ada orang nak beli. Tapi… Si Rizuan nak ke jual rumah tu?
EPISOD 4
Awak kat mane? Awak awak kat mane?
Saye kate saye kat rumah tapi saye tengah paktor!
Mereka berborak tentang kehidupan masing-masing dan kisah lama.
Bak kata pepatah, rumput lebih hijau di sebelah sana. Norlela menganggap isteri Nasir sebagai seorang isteri yang bertuah kerana mendapat suami yang prihatin dan penyayang. Namun, isteri Nasir dihidapi kemurungan setelah kematian anaknya. Nasir pula berpendapat bahawa Norlela dapat hidup senang setelah Aley pulang nanti bersama sijil.
Amek kau. Duduk kat takhta tunggu kau muncul. Rizuan menanya Norlela jika dia baru pulang dari masjid. Norlela berkata “Ya” Hmmmmmmmmmmmmmmm.
Graf apa yang kau lukis tu kat belakang? Lawa. Hmm. Musykil aku tengok. Si dua ni tetiba ajak Khairul jadi rakan bisnes? Si Khairul berhenti sekolah sudah seh.
Rahim memberitahu Khairul bahawa kakaknya mempunyai jantan lain. Tetapi Khairul tidak percaya. Khairul amat mengenali kakaknya dan tahu kakaknya tidak akan buat sebegitu. Rahim pula bertegas dan mengatakan si Irma mempunyai pakwe baharu kerana dia melihat dengan matanya sendiri. Erm, yang kau berbual tu dengan si adik Irma, mestilah dia bela maruah kakak dia.
Nak pergi konsert tarian naga ke? Banyaknye kain.
Wow. Tudung ala-ala #SG50 III
Eh eh si jurukamera ni. Kau ingat ni Instagram ke? Zoom in sudah.
Khairul tetap memujuk kakaknya untuk berbaik dengan Rahim namun kakaknya berdegil. Asal korang berbual kat luar rumah eh? Siapa yang jaga anak-anak tu kat rumah?? Si Irma ni, keluar rumah pakai la tudung!!!
Ustaz pun berceloteh hal wanita yang senantiasa ingin memperbetulkan diri mereka dan asyik ingin mencari ilmu/pahala. Tapi si Mak Jan ni feeling lebih ingatkan ustaz berbual pasal dia. Padahal it’s a general statement.
SI USTAZ PUN MIANG????
Along membawa ibunya ke restoran sempena hari jadi ibunya. Mereka pun berbual tentang Along yang masih bujang. Ibunya menyuruhnya mencari isteri. Si Rahim entah kenapa hilang selera kerana terfikir hal rumahtangganya. ??????? Ni mana eh nampak sedap!
Astaghfirullah, sis!!!!
Tudung ala-ala #SG50 IV. Irma berjumpa Abang Long untuk berbincang tentang Rahim.
Abang Long kaya siollllllll. Abang Long memberi wang kepada Irma kerana simpati akan anak-anak saudaranya.
Best main passing baton? Rezeki jangan ditolak!!!!
Si Irma ni bodoh ke bahlul? Ada dia kata Rahim bagi duit? Kau dah kenapa????
Sebab bas lambat, tu pasal Rizuan tunggu teksi. Kereta kenek tarik la. Berita Terkini: diorang sekarang dah muflissssss.
Ni tudung stail apa? Ni memang sengaja ke memang betul tak perasan? Hais, Sapiah… Kau tersembur ke? Bilang si Rizuan yang Norlela jumpa kau mengemis mintak wang?
Kau tengok isteri si Nasir kat belakang tengah cium baju anak dia yang dah arwah. Kesian. Nasir menelefon Norlela untuk berbual hal rumah, Rizuan pun pulang dan belum sempat Norlela meletakkan telefon, Rizuan melenting kat si Norlela. Pasal pinjam duit la, maruah keluarga la, ini la itu la. Semua si Nasir boleh dengar.
Jangan nak bohong. Cinta berputik kira-kira 15%! Norlela pun berjaya mengajak Rizuan untuk mengikut cadangannya itu iaitu untuk menjual rumah ini. Rizuan bersetuju kerana dia tidak ada cara lain lagi.
Dah dapat duit $200,000 tu dah suka la? Dah boleh bagi Aley hahaha.
Alalalala romantis. Bunga matahari you! Mentang-mentang tajuk drama Mengejar Mentari.
Akhirnya, Irma membenarkan Rahim menjenguk anak-anaknya kerana ibu Rahim jatuh sakit dan ingin sangat berjumpa cucunya.
Rahim terserempak dengan rakan baik Irma, Netty. Mereka berbual seketika. Netty memberitahu Rahim yang si Irma hamil. Eh kau eh. Nampak je macam wanita moden tapi mulut macam makcik-makcik bawah blok! Hmm, Rahim. Kalau si Irma nampak kau dengan Netty macam gini abeh tuduh kau ada hubungan dengan Netty, kau suka tak? Tak kan? Tak munasabah kan?
Rahsia terbongkar! Irma menelefon ibu Rahim untuk bertanya jika Rahim akan membawa pulang anak mereka ke rumah Irma. Pada masa yang sama, Irma bertanya khabar ibu Rahim dan mendapat tahu bahawa Rahim berbohong. Irma dengan segera bergegas ke rumah Rahim.
Mereka bertengkar di bawah blok seperti orang takde rumah dan maruah. Rahim menuduh Irma hamil anak Abang Jambang. Irma berterus terang dengan Rahim dan berkata bahawa anak dalam kandungannya adalah anak Rahim. Dia juga berkata bahawa dia ingin berbaik dengan Rahim tetapi kini dia tidak mahu berbaik lagi.
Memang si Rahim ni muka tembok. Kau cuci la muka dia dengan sabun-sabun yang ada kat tempat kerja dia.
Kau betul?? Nanti menyesal! Membuat keputusan apabila tengah marah ni tak bagus tau!
Kau tolak Irma kenapa??? Kau nak dia mati??? Dia kan ngandung! Kau nak masuk penjara???
Ni konferm gugur. Kalau tak pun… Gugur lah! Jadi dia boleh cerai dengan sahnya!
Dalam episod 3 & 4, Norlela berjaya memujuk Rizuan untuk menjual rumah. Ini dapat menolong mereka membantu masalah kewangan mereka. Irma ingin berbaik semula dengan Rahim namun Rahim telah jatuhkan talak. Sapiah pula sudah berperasaan.
Apa yang mungkin terjadi kepada kandungan Irma? Dapatkah Rizuan menerima kenyataan bahawa rumahnya sudah dijual dan terpaksa duduk di rumah pangsa? Sapiah akan mengurat Ustaz????
BONUS
Hmm… Siapa yang bertanggung jawab atas stail hijab dalam drama ni eh? Untuk kakak-kakak yang amat terpegun melihat fesyen hijab dalam drama ni… Nak tau siapa?
Razinna Nuri! https://instagram.com/razinnamakeup/ Tengok la stail-stail dia. Curlasssss.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle & Goolge)