Kepada korang-korang yang belum menonton, pergi klik di sini. Ok, saya mahu mulakan!
EPISOD 1
“Selamat datang ke rancangan nombor satu Singapura, Ketuk-ketuk… Hijab kau. Alhamdulillah.” Oops salah eh? Ni bukan rancangan hijab?
Hahaha muka macam tengah meneran telur kambing.
Wow Sapiah! Phone sex ke? Hahahaha.
Sapiah menerima panggilan daripada “baby” dan insiden ini menakutkan Sapiah!
Penyakit kencing manis aku rasa. STD la ngok.
Pernah masuk penjara pon tak taubat.
Oh bila si Sapiah pegang pisau baru nak beristighfar??? Kau takot mati kan? Sebab belum insaf hahahah.
Apa ni? Panggil polis la kau nak lawan dia abeh kau kenek tikam macam mana?? Korang ingat korang Hang Jebat Hang Tuah ke?
Telefon 995 bukannye berbual. Tu nanti boleh.
Huh mimpi je? Ingatkan betul. Kalau betul kan senang. 1 episod je.
Masih teringat lagi??? Ni dua-dua madu tinggal sebumbung pun bagus. Hari-hari nangis berbual pasal si arwah.
Soalan cepumas. Hahaha. Gian. Tengok muka je dah boleh tau.
Ngandong ke, kak?
Ish. Tak faham. Kau dah kat bawah blok Irma abeh masih nak call? Buang karen je. Pergilah naik atas!!!!!
Eh kau, pergi masjid amek cucu takkan pakai terdedah?
“Adakah itu kakak aku di masjid? Dunia nak kiamat?”
Dah tau nak pergi masjid bawak la tudung masuk!!!!
Aku dah kate ni drama tutorial hijab. Tengok tu dia tak gosok kain dia pon tetap fashion forward!
Oh, korang tinggal banglo eh? Asal macam kecik eh? Ke terrace?
Kau dari dulu tak habis-habis dengan dunia bisnes. Patutlah hidup kau tak senang, sebab kita semua hidup dalam dunia yang nyata.
You go, gurl.
Mestilah seronok. Hajjah Maimunah, oi. Kau tak pernah makan sebab tak mampu kan?
Entah kau. Malu sak si Irma. Depan kengkawan dia kau nak bincang pasal hal rumahtangga? Drop la the waterface! Ingatkan nak kasi nafkah ke ape. Nafkah tak bagi abeh nak tengok anak???
NGANDONG.
Ni la skrip suami-suami haprak zaman sekarang. Rahim berjumpa adiknya Irma, Khairul untuk memujuk kakaknya agar berbaik dengan dirinya. Takde cara yang lebih romantis ke? Seperti bagi duit nafkah?
Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku~
Eh eh kau. Kau nak nasihatkan si Irma? Kau sedar tak kau berbual dengan siapa? Mak dia Ratu Mak Jans oi. Tak payah nak pesan dia tentang hidup berjanda.
Ku rasakan pudar dalam hatiku rasa cinta yang ada untuk dirimu.
Tudung ala-ala #SG50. Eh eh ustazah ni, belit pulak. Terus terang je lah. Kate si Mirza tu perangai dajjal.
Sebab dia mampu beli barang dapur untuk kau. Tu pun si Rahim jugak kau sayangkan. Memang anak bongsu manja ah.
Hahaha. Makcik, makcik tahukan anak makcik tu gila. Biarlah si dekni sebelahkan Irma.
NGANDONGDONGDONG
Babak yang saya tak akan faham??? Si dekni tetiba tersinggung padahal Irma tengah marah anak dia? HUHUHUHUHUH? Ni datang bulan ke menopaus?
Yek eleh. Sikit je. Rilek ah dik.
Kau nak bohong kat mak kau ke kau nak bohong diri sendiri???? Irma pun meminta maaf kepada ibunya kerana melenting kat Mirza. Tak faham.
Sedap sak kenek sepak hahaha. Kalau dia pelacur pun, dia masih ada kerja tetap. Kau? Pui.
Sila selesaikan hak jagaan anak di mahkamah dan bukan di jalan raya????
HA KAN. Eh eh Mirza posing rilek nampak? RESORT ke?
EPISOD 2
Nasib baik si Mirza cedera sikit. Hmm, si Rahim tak bayar nafkah kau rasa dia nak bayar bil hosptal si Mirza? Renungkanlah.
Hahahahahahaha.
Ah-ah la kau. Padahal masalah rumahtangga kau nak hina si Mak Jan apahal? Takde sikap profesionalisme! Dia masih ibu mertua kau!!
Berita Terkini: Isteri pun boleh tuntut cerai.
Oh pergi kubur pandai tutup aurat. Pergi masjid tanak tutup. Sapiah ke kubur untuk mengadu kepada Salleh. Ok?
Gian.
Sampai terlampau selesa.
Kesian kau kat Perancis takde duit. Jual la painting ke hahahah jadi mime ke.
Eh, Rizuan. Kau tak sedar kau takde duit eh????
Irma berjumpa dengan ibu mertuanya untuk memberitahu bahawa dia ingin Rahim bekerjasama dengannya agar kes penceraian mereka berjalan dengan lancar. Ibu mertuanya bertanya dia dari mana. Basketball court. Tengok tu tudung dia. Sama kan dengan warna bola keranjang?
Oh, kau pandai didik menantu kau pasal hukum dosa tiang arasy ni semua. ANAK KAU YANG TAK BAGI NAFKAH???? Aku rasa tiang-tiang trek MRT pon bergegar.
Hmmmm
Tak faham eh kau. Benci orang Melayu abeh bila susah nak berniaga dengan orang Melayu. Kau kerja apa sebenarnya????
Bapak dengan anak sama. Minum minum. Kau duit takde pon nak minum?
Eh eh kau asyik mintak duit abeh telefon mak kau gunakan telefon biasa??? Patutlah duit cepat habis. Aplikasi LINE, WeChat kan ade. Wifi cik kak oi. Asal kau kat kolam renang eh. Kau betul ke kat Perancis?
Memang betul duit tak boleh datang dari langit. Tapi tau tak ape boleh datang dari atas tu? PETIR. Kalau kau disembar petir baru tau langit tu tinggi ke rendah.
Hmm… Buku ni secara ajaib muncul di dalam laci si Sapiah. Apa, ada makhluk ghaib yang masukkan ke?
Madus.
Hahahaha. Ni dua boleh mulakan fanclub Abang Saleh,
Suka hati lah diorang nak berborak. Diorang dah berdamai dan bermaaf-maafan. Bukan macam kau. Asyik nak duit.
Kan, mak kau dah merajuk. Kalau kau masih nak duit bapak kau pergi mintak.
Asal kau nak buang baju terdedah kau? Tak menyesal ke? Kan masih boleh pakai. Kau tambah kain sikit dah boleh jadi pakaian muslimah.
Tetap vogue. Hmm… Watak baru ke tu?
Macam burung merak. Eh, kau kamoflaj dengan semak-semak tu pon bagus. Kalau ada Pak Duda jalan terus kau serbu.
Ha, belum jumpa orang tu dah berputik ke rasa cinta tu?
Tudung ala-ala Jurassic World
Asal ada senaskhah suratkhabar tercampak dalam rumah kau waktu malam eh? Hmm…
Isteri orang oi. Norlela berjumpa rakan lamanya yang kini seorang usahawan berjaya untuk meminta tolong. Dia ingin menjual rumahnya itu.
Dalam dua episod ini, kita boleh lihat bahawa Sapiah masih belum boleh menerima hakikatnya bahawa suaminya Saleh telah meninggal dunia. Tetapi, dia telah berjinal-jinak ke masjid untuk mencari kententeraman diri. Kes penceraian Irma dan Rahim belum selesai kerana Rahim masih ingin bersama Irma. Khairul dan ibu Rahim juga tidak mahu mereka bercerai. Rizuan mengalami pelbagai masalah kewangan namun tetap berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat isterinya. Tambahan, anak mereka asyik meminta wang! Sapiah dan Hanum kelihatan mesra sesama sendiri. Anak Hanum pula tidak dapat memaafkan Sapiah. Norlela mendapatkan pertolongan daripada kekasih lamanya.
Adakah perubahan watak Sapiah akan memanfaatkan dirinya? Mungkinkah perasaan cinta Norlela akan berputik lagi? Bagaimana pula kes penceraian Irma dan Rahim?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Google, Suria’s Toggle)