Mengejar Mentari Yang Tercicir

Drama sensasi yang penuh dengan kontroversi kembali dengan siri kedua.  Drama apa yang saya maksudkan? Mengejar Mentari lah! Siri keduanya kini ditayangkan di saluran Suria pada setiap hari Rabu jam 9:30 malam! Tapi, masihkah anda ingat apa yang berlaku pada musim pertama?

Pasti ramai yang masih ingat akan panggilan “Anje & Ayang” yang membuat seluruh penonton MM1 mempunyai penyakit bulimia. Ramai yang meluat mendengar panggilan itu sehinggakan telinga mereka berdarah. Namun, itulah faktor utama mengapa drama ini berjaya menjadi drama hit! Ia mampu menjadi topik perbualan yang hangat antara makcik-makcik yang menonton dan juga pelajar-pelajar mentah yang memanggil kekasih mereka “mama papa”.

Havoque

Mari kita mengenali watak-watak dalam drama ini!

  • Salleh (nama si Anje Salleh eh? Lupa ah) bermain kayu tiga
  • Berzina dengan Ayang (Sapiah) di dalam sebuah kereta (HAHAAH saya masih ingat babak ini!)
  • Sapiah merupakan seorang Mak Jan yang bekerja di kilang
  • Rahim (menantu Sapiah) tidak ada kerja tetap tapi masih mau yoohoo bersama isterinya Irma (anak Sapiah), mereka mempunyai 2/3 anak
  • Irma merupakan seorang siswazah namun secara sukarela menjadi suri rumah kerana ingin menjaga anak
  • Khairul (anak kedua Sapiah) bekerja sambil sekolah
  • Rizuan (adik ipar Sapiah) mempunyai bisnes dan rumah besar
  • Mempunyai isteri bernama Norlela dan anak bernama Aley
  • Aley seorang murid maktab rendah
  • Norlela sering ke masjid/ sukarela di masjid

Jadi, apakah masalah yang mereka semua terpaksa harungi?

  • Keluarga Salleh mendapat tahu tentang hubungan sulitnya bersama Sapiah
  • Salleh tetap ingin berkahwin
  • Dihalau keluar dari rumahnya/berlari ke rumah Sapiah setelah bernikah
  • Rahim dibuang kerja dan terpaksa mencari kerja baharu
  • Amat cerewet kerana memiliki ijazah diploma dalam bidang kimia yadayada
  • Mereka suami isteri mempunyai masalah kewangan dan tidak punyai cukup wang untuk membeli susu untuk anak
  • Irma mencari rezeki lebih dengan menjual di masjid
  • Perhubungan Irma dan Rahim di atas batu (on the rocks) kerana Rahim gagal memberi nafkah yang mencukupi
  • Rizuan seorang Melayu berjaya yang lupa daratan dan memandang rendah terhadap kaum sendiri (pui)
  • Seorang usahawan Melayu yang amat disegani
  • Aley merupakan seorang pelajar di maktab rendah kerana ayahnya memaksanya hahaha. Dia ingin belajar fesyen
  • Ayahnya ingin dia ke maktab rendah kerana ramai rakan kerjanya mempunyai anak yang ke JC (LAME, PEMIKIRAN KOLOT & MELAYU HABIS TU PON KAU BENCI MELAYU)
  • Anaknya berkawan dengan Ben, seorang Cina
  • Ben mengajak Aley ke KL (HELLLLLO KL)
  • Hampir-hampir dirogol Ben tetapi ditangkap basah (HELL YEAH JAKIM)
  • Rizuan dan Norlela bercadang untuk menghantar Aley ke Perancis untuk menebus kesalahan
  • Aley mengambil kursus fesyen di Perancis
  • Salleh diserang angin ahmar
  • Sapiah berhenti kerja untuk menjaga Salleh
  • Pada masa yang sama, Sapiah masih gian dan ingin beryoohoo
  • Salleh meninggal dunia
  • Keluarga Salleh amat marah dengan Sapiah
  • Sapiah memberi wang CPF Salleh kepada keluarga Salleh tetapi mereka step sombong dan merana sendiri haha bye
  • Sapiah berkawan dengan seorang jejaka (terlupa nama dia seh urgh) yang hanya inginkan wang Sapiah
  • Mereka berkahwin (Sapiah kahwin buat kali ketiga, koyaaaaaaak) dan duduk sebumbung
  • Irma dan Khairul berasa janggal duduk sebumbung dengan bapa tiri mereka yang baharu kerana bapa tiri mereka amat muda, boleh kata seumur dengan mereka
  •  Bapa tiri mereka berbohong dengan Sapiah, mengatakan ingin membeli villa/banglo di negeri Batam/Bali menggunakan wang Sapiah
  • Asyik meminta wang dan satu hari rahsia bocor
  • Dimasukkan ke dalam penjara
  • Sapiah gian sekali lagi

Nampaknya, mentari yang dikejar masih jauh eh. Patutlah ada siri kedua!

Seperti drama-drama Melayu Suria yang lain, drama ini juga mengemukakan isu-isu yang sinonim dengan masyarakat kita. Dan di sini saya ingin mengupas isu-isu yang dihadapi setiap keluarga dalam drama ini.

Keluarga Sapiah

  • Mak Jan yang senantiasa inginkan kebahagiaan bersuami
  • Amat gian hingga terlupa akan haram/halal
  • Senang-senang memberikan wang
  • Tidak meyelidik latar belakang kekasih/bakal suami
  • Mempunyai fetish; suka suami orang, lelaki muda
  • Mak Jan yang berperasan muda
  • Memberi wang kepada anak kerana sayang terhadap cucu

Keluarga Salleh

  • Isteri yang tidak  meyokong poligami
  • Anak-anak yang membenci ayahnya setelah mendapat tahu ayah mereka bermain kayu tiga
  • Isteri yang tidak dapat memberi yoohoo kepada sang suami dan oleh itu suami mencari yoohoo di luar
  • Isteri tidak menjaga keperluan suami (luar & dalaman)
  • Keluarga yang menolak wang (??? tak faham seh padahal duit tu hak korang)

Keluarga Rahim

  • Tidak mempunyai sebarang perancangan keluarga
  • Tidak ingin memperbaikkan diri supaya dapat mencari kerja
  • Masih duduk dengan ibu walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri
  • Isteri berpelajaran yang menjadi suri rumah
  • Berniaga di masjid tanpa lesen haha

Keluarga Rizuan

  • Melayu berjaya yang memandang rendah terhadap kaumnya sendiri
  • Memaksa anaknya ke JC atas sebab-sebab tidak realistik
  • Anak Melayu yang tidak boleh berkawan dengan Melayu (zzzzzzzzzz gi mampos)
  • Seorang gadis yang mudah terpedaya
  • Isteri yang warak tetapi suami havoc

Setakat inilah rumusan saya! Ini semua datang daripada memori saya wow. Hmm, mengapa mereka mengejar mentari eh? Bukankah Singapura sekarang musim kemarau sebab panas terik matahari = azab neraka 0.0005%? Asal tak mengejar cahaya nur? Kan lebih afdoll. Nantikan blog post saya yang akan datang mengenai MENGEJAR MENTARI 2!!

Pengkritik Sandiwara



One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s