Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Minggu ini saja, terdapat dua penyanyi setempat yang melancarkan muzik video single mereka di YouTube. Mereka adalah dua anak muda Melayu, Iman Fandi dan Ridwan Salim yang masing-masing melancarkan video berjudul Pening Kepalaku dan Timeframe.
Iman Fandi meraih lebih 19,000 tontonan sejauh ini dengan lagunya yang bertajuk “Timeframe” itu.
Dengan konsep ala futuristik bak drama Distopia, video ini amatlah menarik kerana visualnya yang sedap mata memandang. Min terpegun melihat lampu-lampu yang menyala dan gerakan tari Iman Fandi.
Nyanyiannya juga not bad. Min harap dia akan lancar lagu-lagu pelbagai genre agar kita dapat dengar versatiliti suara penyanyi ini. Videonya juga boleh katakan ada unsur-unsur Dua Lipa.
Sememangnya, anak muda ini yang pernah memasuki The New Paper New Face 2014 amat berbakat dan boleh pergi jauh dalam industri nyanyian!
Pening Kepalaku pula mendapat lebih 11,000 tontonan setakat ini.
Apa yang unik tentang video Ridwan Salim ini adalah vibe yang diberi apabila menonton muzik video ini.
Jika video Iman mengajak kami ke masa depan, video Pening Kepalaku mengajak kami ke zaman awal 2000 ala video karaoke.
Pendengar boleh lihat konflik ala drama sinetron yang terserlah secara literal dalam video ini. Suaranya juga agak… [redacted]. Min stres lihat 4 orang penari di belakang. Bukan saja merimaskan kerana sempit, tapi oleh kerana gerakan tari tidak on sync, lagi gelisah dibuatnya.
Yang penting, video ni dirakam kat Wanderlost Lounge kot? Walaupun kelihatan agak amateur, lagunya tetap very the catchy!
Kedua-dua lagu ini ada kat Spotify, so jangan lupa untuk sokong bakat tanahair ok?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: YouTube Ridwan Salim & Iman Fandi)
[…] yang popular dengan lagu Timeframe, Iman Fandi, sudah pun tamat pengajian […]
LikeLike