Iman Fandi tamat pengajian

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penyanyi yang popular dengan lagu Timeframe, Iman Fandi, sudah pun tamat pengajian ijazahnya.

Berkongsi di Instagramnya, Iman berkata dirinya telah lulus Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Psikologi.

Bukan itu saja, gadis 21 tahun itu turut berjenaka dan berkata bahawa dirinya sering memberi nasihat secara percuma kepada sahabatnya dan kini dia akhirnya boleh mengenakan bayaran!

Maklumlah, dah ada ijazah psikologi katakan.

Iman yang mengongsi gambar kolaj sambil mengenakan jubah konvokesyen yang mempunyai hood berwarna biru, turut menampilkan ibunya, Wendy Jacobs dalam gambarnya itu.

Kami harap Iman Fandi akan meraih lebih kejayaan selepas ini, insyaAllah!

Pengkritik Sandiwara

(Instagram Iman Fandi)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s