Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Korang tonton tak rancangan realiti terbaru Suria pada Selasa hari tu? Tak, kan? Takpe biar Min cecite…
Projek Lagu ni sebenarnya boleh dikatakan peraduan realiti baru yang bertujuan untuk menggegarkan industri muzik setempat (tak tahu camne la but whateva) tapi sedihnya cara ia dijalankan tetap sama seperti peraduan cari bakat yang pernah Suria kendalikan sebelum ini.
Peserta akan mempersembahkan bakat mereka, para juri akan memberi komen sedikit (hanya seorang pada setiap persembahan dek kesuntukan masa) dan salah satu (atau lebih) akan disingkirkan. Dan kali ini, kuasa turut diberi kepada penonton untuk mengundi!
So kenapa kita bawak format lama dan bosan dalam rancangan baru ni? Ketandusan idea ke?
Bila Min tengok Projek Lagu, Min rasa kesian untuk Fatin Amira yang terkial-kial mengacarakan rancangan ini. Kenapa dia? Takde hos yang lebih berpengalaman ke? Mungkin minggu depan akan lebih lancar, ye kak? Yang lagi dua tu, Lydia Asyiqin dan Fadli Kamsani, ok lah tapi seperti biasa bahasa baku menjanggalkan cara pengacaraan mereka!
Now, korang ingat tak Ramli Sarip muncul dalam pusingan terakhir Anugerah? Walaupun komennya pendek, padu beb! Mungkin kerana ini, Suria berpendapat ia satu idea yang bernas untuk mengambilnya sebagai juri tetap.
Tapi… kalau tiap minggu Ramli Sarip nak one-liner… mampui lah. Apa yang penonton boleh belajar? Sebagai pengadil ke-4, kita berhak mendapat komen yang padat agar boleh membuat pilihan yang lebih memanfaatkan. TIBER. But whatever, I guess? This show is ald a flop sebelum ia bermula.
Also, oleh kerana penonton boleh mengundi, kan lebih wajar untuk menyediakan seni kata lagu-lagu yang dipersembahkan untuk tatapan umum? Sebab ni kan peraduan menulis lagu, tak ke begitu? Kalau kita mengundi berdasarkan persembahan, apa yang kita undi sebenarnya? Betapa hebat persembahan? Hmm… Ke laut lah nampaknya!
Lagu berjudul Cuba Lagi oleh Fairuz dan Wawan ekcili not bad, boleh dikatakan catchy. But ape yang harus kita (sebagai pengadil ke-4) look out for? Lirik? Rentak lagu? Suara? Persembahan? Hmm…
Bagi lagu Terlarang… erm cari penyanyi baru je lah…. Erma oh Erma terkehel ke cik?
Mungkin Ahmadul Amin boleh menulis lagu dengan baik, tapi bolehkah dia menyanyi? Tetap menjadi tanda tanya…
C’mon Daina Ariffin! Amatlah Doja Cat vibes. Persembahan yang menarik dengan gerak tari ringkas. Ada potensi untuk jadi lagu TikTok ni tapi Min rasa Suria won’t do that yet? idk.
So ya tu je. Boring nak mampus peraduan ni lol bye.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp Suria Facebook)
[…] Secara terus terang, lagu-lagu minggu kedua lebih menyerlah dan seronok didengar berbanding minggu pertama. […]
LikeLike
[…] malam kemuncak peraduan realiti menulis lagu, Projek Lagu, yang disiarkan di Suria, industri muzik setempat tetap […]
LikeLike