Projek Lagu gegarkan muzik setempat?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa? Siapakah yang sebenarnya meminta peraduan Projek Lagu? Konsep Projek Lagu merupakan perkara baru yang akan menemui penonton minggu depan dan Suria telah pun mengenalkan hos-hos, peserta dan juga pengadil bagi peraduan menulis lagu ini.

Namun, apa yang membelenggu di fikiran Min adalah bagaimana ia akan diadili, serta cara peraduan ini.

  1. Adakah ia akan dilakukan seperti mana peraduan realiti lain dilangsungkan? Di mana setiap pusingan terdapat sekurang-kurangnya satu penyingkiran?
  2. Oleh kerana ia satu peraduan menulis/menerbit lagu, bagaimanakah peserta yang mara ke pusingan seterusnya akan bertarung? Dengan lagu baru? Atau lagu sama dengan pembawaan berbeza?
  3. Apa pula skema markahnya? Adakah mutu nyanyian atau persembahan akan menjejas pemarkahan pengadil?
  4. Oleh kerana penonton boleh mengundi, bukankah ini rancangan peraduan berdasarkan populariti dan bukan tulisan seni kata? Ini kerana persembahan mempunyai lebih kuasa untuk mendorong penonton membuat undian terhadap mereka (berbanding seni kata).
  5. Siapa akan nyanyi lagu kalau diorang tak boleh nyanyi?

But whatever la eh, kite akan lihat dan tengok je bagaimana it all plays out kot?

Jom kite tengok barisan peserta!

Lagu: Aku Cinta
Komposer & Penulis Lirik: Daina Ariffin & Roland Lim

Lagu: Definisi Bahagia
Komposer & Penulis Lirik: Ahmadul Amin (Anak-anak Haron)

Lagu: Cuba Lagi
Komposer & Penulis Lirik: Wawan Husen & Fairuz Rahim

Lagu: Terlarang
Komposer & Penulis Lirik: Yazri Malik, Idi Hakim & Erma Maulood

Lagu: Eedaya
Komposer & Penulis Lirik: Amy Eedaya dan Nana Karia

Lagu: Terapin Bumi
Komposer & Penulis Lirik: Rayhul Firdaus & Rico Setiabudi

Lagu: Puteri
Komposer & Penulis Lirik: BIGG Arjuna

Lagu: Berbisik Rindu
Komposer & Penulis Lirik: Aqmal N. & Diana Saad

Lagu: Senyum Walau Kecewa
Komposer & Penulis Lirik: Yanto Sani

Lagu: Hello
Komposer & Penulis Lirik: Reyza Hamizan & Osem

Lagu: Ragu
Komposer & Penulis Lirik: Andy Gan, Aisha Ayesha & Dan Rafaael

Lagu: Salah
Komposer & Penulis Lirik: Ariff & Zul

Mulai 7 September nanti, hos-hos Fadli Kamsani, Fatin Amira dan Lydia Asyiqin akan menemani anda setiap Selasa 8.30 malam.

Daly Filsuf, Mayuni Omar dan Ramli Sarip adalah pengadil tetap bagi peraduan ini.

So… adakah korang akan tonton?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Suria)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s