Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Penyanyi setempat, Taufik Batisah, retak tulak tatkala mencuba melakukan aksi papan selaju (skateboard) di Hab Sukan.
Itulah yang dikongsinya di Instagram awal petang tadi.
Menurut catatan Instagramnya, setelah ke Hospital Alexandra, doktor mengesahkan bahawa siku kanannya retak.
Beliau turut berkongsi bahawa sejarah ulang sekali lagi untuknya.
Kali terakhir beliau terpatah tulang adalah hampir tiga dekad lalu ketika beliau berumur 13 tahun, di mana tulang siku kirinya retak apabila mencuba aksi papan selaju.
Walau bagaimanapun, Taufik melihat peristiwa ini dengan penuh positiviti! Beliau menulis bahawa sukan papan selaju ini mengajarnya untuk bangkit semula setelah jatuh dan pelajari daripada kegagalan agar boleh menjadi orang yang lebih cekal!
Taufik, kini 40 tahun, juga berkata ini tidak akan menghambatnya untuk terus melakukan sukan ini. Bahkan, beliau akan mencuba aksi yang sama apabila sudah pulih nanti! Beliau turut meminta orang ramai berdoa agar beliau cepat sembuh.
Dan bagi pelanggannya, kerja tetap jalan! Gitew busy dengan ayam goreng dan rumah, pemenang Singapore Idol pertama ni! Curlass…
InsyaAllah cepat sembuh, ya!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Taufik Batisah)
[…] yang turut akan mewarnai pentas ini adalah dua orang juara Singapore Idol iaitu Hady Mirza dan Taufik Batisah. Maya Raisha juga akan menghiburkan […]
LikeLike
[…] Idol pertama, Taufik Batisah berkongsi di Instagramnya bahawa beliau mempunyai keinginan untuk membuat […]
LikeLike