Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ketika wadah TikTok sedang pesat berkembang tahun lepas semasa tercetusnya Covid-19, pelakon setempat, Erwin Dawson pernah meluahkan ketidaksenanghatiannya terhadap media sosial tersebut di Twitternya.
Namun, awal bulan ini, pemenang Anugerah Skrin 2010 itu menjelaskan pendapatnya mengenai TikTok. Alhamdulillah, persepsinya terhadap wadah mengongsi video pendek itu sudah bertukar dan kini lebih positif.
Bertajuk “My Confession” atau “Pengakuanku”, bakal ahli politik ini perjelas mengapa dirinya benci TikTok pada mulanya.
Pendek kata, Erwin selalu ternampak video-video TikTok yang dikongsi di Instgram dan Facebook dan amatlah ‘cringe’. Namun, setelah memuat turun aplikasi TikTok dan mengalami sendiri betapa positifnya TikTok sebenarnya, kini dirinya lebih meluangkan masa di TikTok berbanding socmed lain.
Erwin amat kagum dengan jumlah bakat, maklumat, panduan dan pelbagai kandungan yang tersedia ada di wadah ini. Dia juga meminta maaf kerana mempunyai tanggapan yang salah dan mengaku bahawa TikTok amat berguna.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, kan?
Min harap Erwin akan berjaya melancarkan kerjayanya di persada TikTok! Min perasan bahawa kandungan Erwin berunsurkan agama! Wow, bagus sekali.
Semoga kita dapat mempelajari ilmu agama dengan cara yang interaktif dan menarik menerusi TikTok yang Erwin kongsikan. Inilah cara untuk mendekati belia dengan agama!
Selain TikTok, Erwin juga aktif di Twitter! So apa tunggu lagi? Ikuti Erwin Dawson di TikTok dan Twitter, ya?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: TikTok Erwin Dawson)
[…] akaun TikToknya digunakan sebagai wadah untuk […]
LikeLike
[…] Sebelum ini, Erwin merupakan antara puak yang membenci TikTok. […]
LikeLike