Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, saluran Suria mengumumkan peraduan terbarunya dengan hadiah bernilai sebanyak $20,000!
Berjudul Projek Lagu, ia merupakan peraduan yang mencari para bakat menulis lagu. Bak cogan kata rancangan ini, ‘Write the future of local music’. Kau ade? Tiber sak.
Bayangkan, menyertai pertandingan di state media pastu tiber diberi tanggungjawab sebagai masa depan muzik setempat! Tak ke stress, dik?
Walau bagaimanapun, kalau uolls berminat dan ingin menangi wang tunai tu, boleh lungsuri lelaman ini untuk maklumat lanjut! Yang terlepas Anugerah awal tahun ini, boleh cuba ni kot!
Pemasaran mengagumkan
Yang penting, Min amatlah suka dengan cara pemasaran rancangan ini. Korang perasan tak? Korang cuba search #ProjekLagu di IG.
Seolah-olah para retis Mediacorp ni semua diberi arahan untuk berposing bersama objek-objek yang melambangkan muzik! Aura Shai kelihatan seperti berada di Muzika Records yang terletak di Geylang Serai, melatarbelakangkan beberapa keping cakera padat.
Sepertinya Fatin Amira suka mendengar lagu di atas batu-bata sambil mengeringkan ukulelenya. Ranggi sungguh!
Min nak tengok kalau ade ke tak peserta yang gesek biola nanti seperti Azura Goh yang serba boleh ni!
Risau Min tengok DJ 987FM, Natasha Faisal, pegang segelas minuman tatkala dihimpit suaminya yang sedang memetik gitar. Taccod tertumpah!
Nampaknya Fadli Kamsani amat tertekan setelah berpindah ke Ria dari Warna… Siapakah yang akan resign selepas Fiza O?
No further comments.
Hak cipta lagu, milik siapa?
Ekcili, Min hairan kenapa Suria mengadakan peraduan menulis lagu? Kenapa peraduan biasanya kena mengena dengan muzik eh? Akan menaikkan ratings ke?
Yang penting, Suria or rather drama-drama bersiri Suria mempunyai lagu-lagu yang boleh dianggap agak bagus dan catchy. Tapi tu lah, lagu-lagu tu semua tidak boleh didapati di Spotify. Jarang sekali diputarkan di corong radio.
Jadi… kalau lagu-lagu yang diterbit/ditulis untuk peraduan atau semasa peraduan ini, bolehkah pemilik hak cipta lagu tersebut memasarkan lagunya di wadah-wadah penstriman?
Menurut lelaman pendaftaran Projek Lagu, peserta tidak boleh melancarkan lagu-lagu mereka dalam tempoh 6 bulan setelah tamatnya peraduan. Adakah ini bermaksud sekiranya penonton menyukai sesebuah lagu dan ingin mendengarnya, mereka harus tunggu 6 bulan?
Apa yang akan jadi dalam masa 6 bulan itu? Adakah lagu-lagu akan dimainkan di Ria, Warna dan Suria secara eksklusif?
Min rasa by the time lagu tu dah kat Spotify orang pun dah tak feeling nak dengar lagu tu lagi… kot? Entah lah eh.
Kalau uolls nak sertai peraduan ini, semoga maju jaya! And please, know your rights!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Azura Goh, Mediacorp Suria, Fatin Amira)
[…] Siapakah yang sebenarnya meminta peraduan Projek Lagu? Konsep Projek Lagu merupakan perkara baru yang akan menemui penonton minggu depan dan Suria telah pun mengenalkan […]
LikeLike