Hari terakhir Fiza O di udara ria dicucuri kasih sayang

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Petang tadi merupakan hari terakhir Fiza O di udara stesen Mediacorp Ria seperti apa yang diumumnya Jumaat lalu.

Sempena hari-hari terakhirnya di stesen radio di mana dia telah bekerja selama 18 tahun, DJ hitam manis itu mengendalikan IG LIVE sekaligus dengan The O Show di radio.

Semalam, DJ Malaysia Fara Fauzana atau lebih manja dikenali sebagai Fafau muncul di sesi IG LIVEnya dan memberi kata-kata perangsang terhadap Fiza O. Fafau agak terkejut mendengar berita bahawa Fiza O akan tinggalkan Ria, dan berkata bahawa mendengar Fiza O di udara bak mendengar seorang rakan.

Begitu juga luahan hati peminat yang bukan sekadar peminat tetapi menganggap Fiza O sebagai seorang sahabat.

Awal hari ini pula Fiza turut mengadakan sesi IG LIVE di mana Fiza mengimbau kembali detik-detik manis seperti mengacarakan Anugerah Planet Muzik (APM) bersama hos-hos terkemuka, menemani Tokti ke tandas, mengelolakan rancangan feminist ‘Girlfriends’ pada masa di mana feminisme belum begitu ketara dalam masyarakat Melayu dan juga memperjuangkan muzik k-pop di Ria.

Sesungguhnya, selama 18 tahun Fiza O berkecimpung dalam dunia radio dan hiburan, ibu dua anak itu telah memberi kesan kepada kehidupan ramai orang, terutama wanita, menerusi rancangan Girlfriends.

Rancangan radio itu amat berjaya sehinggakan terdapat rancangan bual bicara di Suria dengan tajuk yang sama. Sampai dua musim, uolls!

Sesi IG LIVE itu amat sebak sekali tatkala melihat airmata berlinangan di mata Fiza O.

Suaminya pula, KC, amat terharu bahawa Fiza akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan radio.

Sepertinya ada teh untuk ditumpah kerana KC menulis “more to share”. Hmm…

KC mengharapkan yang terbaik untuk isterinya dan berkata dia ada kejutan untuk perjalanan kerjaya Fiza O yang seterusnya! Wow apa tu?

Apa pun yang akan Fiza O lakukan setelah meninggalkan Ria, kami akan mendoakan yang terbaik dan sukses selalu!

Mungkin ada rezeki besar kat Malaysia ke? Astro panggil ke? Jadi pengganti hos Gegar Vaganza?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Fiza O & KC)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s