Band berbilang kaum juarai Anugerah 2021

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Band O.M.A (One Metre Apart) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah tahun ini.

Dalam pusingan terakhir rancangan nyanyian realiti yang berlangsung selama 9 minggu itu, band itu telah menyanyikan dua buah lagu.

Lagu pilihan pengadil tetap Ann Hussein dan Najip Ali berjudul Sinaran oleh Sheila Majid dan lagu pilihan sendiri bertajuk Salam nyanyian asal Sudirman.

Persembahan yang menyayat hati inilah yang memikat hati penonton dan juga pengadil di pusingan akhir Anugerah turut disiarkan di saluran Mediacorp Entertainment di YouTube secara langsung.

Menarik sekali kedua-dua kumpulan band yang berada di pusingan akhir berjaya mara ke tempat teratas. Band Saát mendapat tempat naib juara.

O.M.A menewaskan dua lagi peserta iaitu Ace Iskandar dan fan favourite yang disertakan semula, Raliff Ismail, yang masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.

Selain dua pengadil tetap, Papa Rock Nusantara, Ramli Sarip turut menyertai panel pengadil malam tadi. Dan tahun ini, keputusan ditentukan seratus peratus oleh pengadil.

Acara finale itu dimulakan dengan persembahan gabungan empat finalis dengan lagu Pelangi Dan Kau.

Para alumni Anugerah turut menyerikan malam finale tadi. Antaranya finalis Anugerah 2017 dan 2005. Pemenang Singapore Idol 3, Asian Idol dan Gegar Vaganza 2019, Hady Mirza, juga membuat persembahan khas!

Sebelum ini, juara Anugerah 2021 telah menyanyikan sebanyak empat buah lagu di pentas Anugerah yang ditayangkan di kaca TV. Secara keseluruhan, mereka menyanyikan 6 lagu di pentas Anugerah dan 1 lagu di studio walaupun Anugerah berlangsung selama 9 minggu.

Adakah dengan 6 lagu itu penonton puas hati?

Juara Anugerah membawa pulang wang tunai sebanyak $25,000 bersertakan piala.

Tahniah kami ucapkan kepada kumpulan O.M.A, semoga akan mewarnai industri nyanyian Melayu Singapura!

Nantikan siaran terperinci di mana Min akan kupas setiap persembahan!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Mediacorp Suria)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s