Malam kemuncak Anugerah 2021 meletop!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah sembilan minggu berentap di pentas Anugerah, akhirnya kumpulan O.M.A dinobatkan sebegai pemenang Anugerah 2021.

Tak sia-sia Mediacorp bukakan kategori band dalam Anugerah kali ini dengan menggabungkan ketiga-tiga konsep Anugerah iaitu Anugerah, Anugerah Band dan Anugerah V dalam satu rancangan!

Semalam kita telah melihat finalis Anugerah 2021 membuatkan dua persembahan di depan pengadil tetap Najip Ali dan Ann Hussein, bersertakan pengadil jemputan Ramli Sarip.

Di tempat ke-4, Raliff Ismail mempersembahkan Ghazal Untuk Rabiah oleh Jamal Abdillah & Dato’ M Nasir bagi lagu pilihan pengadil.

Amatlah memukau dan pilihan yang tepat sekali! Amat sesuai untuk branding Raliff.

Bagi persembahan kedua pula, Raliff membawa lagu Cabaran Cinta nyanyian asal pengadil Anugerah musim-musim lalu, Rahimah Rahim.

Persembahan keduanya amat bertenaga dan mengajak orang ramai ingin berdansa bersama. Tapi Min rasa Raliff tidak mencabar dirinya dalam lagu Cabaran Cinta ini. Min berpendapat Raliff mampu push even further tapi dengan lagu sebegini, kekuatannya tidak terserlah.

And the rap… ok dia boleh rap tapi adakah rap itu sedap didengar? Pada Min, ia tidak mempunyai a nice ring to it!

Secara keseluruhan, Raliff Ismail tentu memikat hati peminatnya yang mengundinya dan telah memberitahu penonton identitinya sebagai peserta Anugerah 2021. Seseorang yang tidak muda untuk dilupa.

Bagi Ace Iskandar pula, lagu Durja oleh Khai Bahar dipilih untuknya.

Bangun oleh Aman Ra menjadi pilihan lagu kedua buat Ace.

Lagu yang rancak itu amat membangunkan dan mengasyikkan! Dan bila dia nyanyi lagu Najip Ali tu… gurl go AWFF! PERIODT!

Tapi yang herannya… kenapa loud hailer tu dia pegang all the way?

Walau bagaimanapun, Ace nampak seronok dan gembira membuat persembahan!

Naib juara, Saát membawa lagu Penglipur Lara bagi persembahan pertama.

Lagu kedua mereka, Sejati amat menggemparkan!

Siap dengan screamo dan sesi menconteng, Saát sememangnya telah menempa nama dan memberi kesan dalam pertandingan Anugerah.

Juara Anugerah 2021, O.M.A pula membawa lagu Sinaran dan Salam.

Min suka sangat di mana setiap ahli O.M.A diberi spotlight tersendiri. Bolehlah kita lihat kekuatan masing-masing.

Kalau korang nak baca ulasan persembahan Salam, baca di sini ya.

Anyway, Min rasa dengan menjemput hanya seorang pengadil ekstra macam tak cukup. Patut ke keputusan pemenang di tangan 3 pengadil saja? And with all due respect kepada Ramli Sarip, komennya agak generic? Macam takde oomph for a finale tau? Kalau ade lebih inti kan membuat rancangan finale ini lebih menarik dan bermakna!

Bagi rumusn terakhir pula, Najip Ali mengupas isu media sosial dan rancangan realiti bertembung, di mana sebagai pengadil, mereka pun menerima kecaman daripada warganet.

Erm… adakah itu perkara baru? Najip Ali berbual seolah-olah Internet dicipta tahun lepas. LOL.

Persembahan finale ini juga diseri oleh alumni Anugerah yang lalu.

Liwani Izzati dan Syakirah Noble menyanyikan lagu Boneka nyanyian asal Ernie Zakrie. Min rasa Syakirah patutnya nyanyi sorang sebab dia sendiri mengangkat persembahan itu!

Si Liwani ni macam lembik je??? Macam dia tak mempersembahkan makna disebalik lagu Boneka. Lihat saja raut wajah Syakirah, penonton dapat rasakan emosi lagu Boneka!

Malang sekali, juara Anugerah 2017, Mohd Shahfiq, terpaksa berkongsi pentas bersama pengantin baru, Norshafiq, menyanyikan lagu Adakah Engkau Menungguku. Kesian eh menang tapi tak diberi peluang untuk nyanyi sendiri?

Bukan itu saja, tiada satu pun yang menyanyikan lagu sendiri. Sad.

Anugerah Boys 2005 juga membuat persembahan di mana juara 2005, Hyrul Anuar diberi masa untuk mempersembahkan lagu Gadis Tumit Tinggi rendisi baru. Setelah itu, Syed Azmir dan Fauzie Laily muncul bagi persembahan Cakap Sini Habis Sini.

Mereka diwawancara selepas persembahan mengenai topik kerelevanan. Ironik sekali hahahahahahahahahahahhahahahhaa.

Hady Mirza pun buat persembahan!

Meletop, very the gah persembahan Anugerah semalam eh?

Ok tu je! Korang puas hati tak?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp Suria)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s