Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam episod khas rancangan peraduan realiti malap Mediacorp Suria, Anugerah 2021, hos belakang tabir, Farah Lola telah mengumumkan finalis ke-empat!
Farah Lola telah ke rumah Raliff Ismail untuk memberitahu Raliff bahawa dialah peserta terkakhir yang mara ke peringkat seterusnya.
Ternyata, komen-komen yang tidak puas hati dengan penyingkiran Raliff berbaloi kerana terbukti warganet telah pun menghabiskan masa untuk mengundi peserta kegemaran mereka. Keputusan ini merupakan gabungan undian penonton (60%) dan juga markah juri (40%).
Apabila diwawancara, Raliff memberitahu bahawa dia akan menyanyikan sebuah lagu rancak dan akan menyelitkan unsur-unsur yang akan membuat persembahannya menarik.
Menurut gambar di atas, Raliff meraih sebanyak 32.05% undian. Wow banyak tu! Ada peserta tu 2 orang tapi undian kurang 10% eh?
Sesungguhnya kempen dan usaha kongsi IGS membawakan hasil untuk Raliff.
Raliff akan menyertai 3 lagi peserta dalam pusingan terakhir, iaitu O.M.A, Ace Iskandar dan Saát.
Dengan kemasukan Raliff dalam pusingan akhir, ini bermakna Raliff hanya menyanyikan sebanyak 3 lagu secara LIVE untuk ke pentas akhir Anugerah. Hmm… 3 lagu jek?
Ini juga bermakna kesemua finalis Anugerah 2021 adalah jantan! Throwback kepada musim di mana Anugerah mempunyai 4 finalis jejaka Khairul Anuar, Syed Azmir, Fauzie Laily dan erm… that Khairil? Khairi?
Begitu singkat sekali perjuangan peserta Anugerah. Nak kata rasa bahang, belum cukup panas. Kesian bakat-bakat setempat kita.
Walau apapun, siapakah yang akan memenangi wang tunai sebanyak $25,000 itu?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp Suria)
p.s.
pengacaraan Farah Lola is rly………… urgh why Suria did this to her
[…] menewaskan dua lagi peserta iaitu Ace Iskandar dan fan favourite yang disertakan semula, Raliff Ismail, yang masing-masing mendapat tempat ketiga dan […]
LikeLike