Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Reaksi terhadap salah sebutan makanan Melayu telah mengakibatkan anak Melayu ini mencecah lebih sejuta tontonan di TikTok sehinggakan dia dipanggil “murderback”.
Itulah luahan usahawan kacak, Sham Rahman yang tular di TikTok atas video duetnya bersama penTikTok tersohor setempat, Vyom Moorjani.
Video TikTok di mana Sham menegur Vyom cara memperbetulkan sebutan murtabak mendapat lebih sejuta tontonan, dengan lebih 70,000 sukaan dan hampir 2000 komen.
Video itu mendapat begitu banyak sambutan sehinggakan Sham merakam video di mana dia memberi tutorial untuk menyebut hidangan Melayu dengan betul.
Sham mengajar pengikutnya bagaimana untuk menyebut Nasi Lemak, Mi Rebus dan Nasi Ambeng.
Mungkin Mothership harus merujuk kepada Sham sebelum memuatnaikkan kandungan yang sama.
Dari manakah munculnya huruf ‘r’ dalam sekali?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: TikTok Sham Rahman & Instagram)
[…] lain tak bukan Sham Rahman dan Juffri […]
LikeLike
[…] bagi perlawanan tinju antara dua selebriti Melayu tersohor, Juffri Alui dan Sham Rahman, sudah mula […]
LikeLike
[…] Instagramnya, Unfinished Business berkongsi bahawa lokasi pertempuran antara Sham Rahman dan Juffri Alui akan beralih ke Yo:Ha Tampines, Tampines Street […]
LikeLike
[…] Apa yang Min maksudkan adalah sketsa di antara dua TikToker terhebat, iaitu Juffri Alui dan Sham Rahman. […]
LikeLike
[…] Setelah tiga bulan menanti, juara Unfinished Business terjatuh kepada tangan Sham Rahman. […]
LikeLike