Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, DJ tersohor Singapura, A B Shaik mengumumkan di Instagramnya bahawa hari ini merupakan hari terakhirnya di konti radio Mediacorp Warna 942FM.
Di kapsyen gambar yang dimuatnaik semalam, A B Shaik menulis bahawa dia sudah sedekad mengendalikan dan mengacara rancangn Espresso Warna bersama beberapa DJ seperti Zaza Majid, Mariam Mas’od, Hafeez Glamor antaranya.
A B Shaik mengakhiri siaran gambar itu dengan pelbagai soalan. Penuh tanda tanya! Apakah yang akan dia lakukan selepas ini?
Beberapa jam yang lalu, A B Shaik memuatnaikkan gambar-gambar kenangan selama sepuluh tahun itu.
Masih kurang jelas apakah yang bakal dilakukan A B Shaik. Ini kerana Min tak dengar radio (duh) so Min tak tau.
Di ruang komen di Instagram dan Facebook, ada yang kata dia dah berhenti, ada juga yang kata dia tak lagi bekerja dari konti sebab Work From Home (wfh) atau kerja dari rumah.
Hmm… apa eh? Sesiapa tahu?
Walau bagaimanapun, selamat maju jaya I guess? Secara perlahan, semakin berkurangan kakitangan radio tempatan!
Beberapa minggu yang lepas, Fiza O mengumumkan hari terakhirnya di Ria 897FM dan kini telah memulakan kerjaya sebagai Youtuber.
– Pengkritik Sandiwara