Gerak tari moden di TikTok Suria hampakan warganet

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Akaun TikTok saluran kesayangan ramai, Mediacorp Suria, baru-baru ini mengongsi video di mana penari serta selebriti menari kepada lagu Raya nyanyian Rahimah Rahim atau lebih manja dikenali sebagai Kak Gerl.

Seperti tarian TikTok yang lain-lain, ragam tari tersebut amat ringkas dan mudah diikuti serta moden. Memang kerap dilihat di TikTok.

Tapi itulah, lagu yang dimainkan merupakan lagu Raya klasik iaitu Selamat Berhari Raya.

Walaupun menerima banyak tontonan di TikTok, ruang komen sebenarnya penuh dengan ulasan pedas oleh para warganet, kebanyakannya Gen Z.

Rata-rata, ramai yang tidak puas hati kerana berpendapat bahawa lagu Raya klasik ini dirosakkan dengan gerak tari ala TikTok, di mana unsur keMelayuannya dilupakan.

Video ini telah pun ditiadakan di akaun Suria (tak pasti dipadam atau diprivetkan). Namun, ia terus kekal di Twitter kerana warganet sempat memuat turun video tersebut.

Di Twitter juga, ramai warganet rasa sependapat.

Dalam video itu, Personaliti Paling Popular Lelaki, Norman Ishak kelihatan berdansa bersama Shenty Feliziana dalam tutorial TikTok itu. Turut serta adalah dua orang bintang cilik.

Selain video ini, terdapat juga video lagi satu di mana para penari profesional melakukan ragam ini.

Secara peribadi, Min rasa gerak tari ii tidak menyinggungkan kerana rentak dan tempo lagu agak moden, so tak kisahlah kalau diorang nak gunakan gerak tari moden untuk lagu ini, kan? But, oleh kerana dah sebulat suara, mampus lah Suria kenek kecam.

Yang penting, korang nanti buat dance Pejam Celik ok?

Min kurang pasti tapi Min dapat tahu bahawa sebenarnya ini sebuah kempen untuk menang duit kalau kita buat TikTok Suria tu. Mampus, terus deleted! Kesian…

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: TikTok Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s