Hari pertama Fiza O and Girlfriends di YouTube, suami sumbang superchat

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hari ini merupakan hari pertama mantan DJ Mediacorp, Fiza O, membuka tirai rancangan bual bicaranya berjudul Fiza O and Girlfriends di YouTube dan Facebook!

Di YouTube sahaja, episod pertama rancangan yang ditunggu-tunggu ramai mendapat lebih 2000 tontonan. Manakala di Facebook, video itu meraih sebanyak 12,000 tontonan! Tahniah Fiza O.

Pada masa yang sama, Fiza O juga menyatakan bahawa episod-episod akan datang hanya akan ditayangkan di wadah YouTube saja. Harini istimewa sebab nak tell the whole world gitew so harus tap on all the platforms lah.

Tapi… oleh disebabkan Facebook lagi banyak sambutan, haruskah Fiza O tetap kekal di Facebook juga? Apa pendapat korang? Tapi FB kalau views banyak dapat ad money ke?

Suami ibu dua anak ini, KC Champion, juga mantan DJ Ria, memberi dedicated post kepada Fiza O di Instagram.

Menurutnya, setelah setahun menyiapkan studio dengan sendiri, Fiza akhirnya bersedia untuk rancangan secara langsungnya. Ini merupakan hadiah kepada seorang istimewa dan amat berbakat! Amboi, sweetnya!

Bukan itu saja, apabila mendapat tahu bahawa saluran YouTubenya punyai fungsi ‘Super Chat’, KC memberi sumbangan sebanyak $50! Wow, syurga daddy vibes!

Bersertakan tanda pagar #SuamiMenyokong lagi. Very the sweet kan?

Secara terus terang, rancangan Fiza O ini agak menarik sekali. Ia seakan dengan apa yang telah beliau lakukan di radio selama ini.

Min tak tengok keseluruhannya, so maybe ada kelainan yang dibawanya ke episod pertama rancangan ini yang berbual tentang ‘moving on’? Tak pasti.

Apa yang Min tau, Fiza O kini bebas berdakwah dan menayangkan segala ayat-ayat suci dan berdoa, tanpa halangan atau sekatan!

Tapi oleh kerana ia sebuah rancangan di wadah YouTube yang mementingkan aspek visual, Min rasa banyak perkara boleh dilakukan dari segi memperbaiki the artwork atau grafik rancangan Fiza O and Girlfriends ini.

Ini kadangkala grafik yang dipaparkan tidak selari dengan vibe atau brand Fiza O. Mungkin itu satu perkara yang team Fiza O boleh work on!

Kami harap kerjaya Fiza O akan meletop mulai hari ini. We love to see a power couple!

Eh, ni ade kat Spotify tak?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Fiza O & KC)

Advertisement

6 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s