Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pada Syawal pertama, YouTuber tersohor, Fiza O, telah memuatnaikkan video di Instagramnya menunjukkan wajah barunya itu.
Bersama anak sulungnya, Awsam, mantan DJ radio mediacorp itu berkatakan ‘surprise!’ atau ‘kejutan!’ sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dalam video pendek tersebut.
Dalam kiriman itu, Fiza O kelihatan memakai tudung berwarna putih, padan dengan baju hitam putih yang dikenakan keluarganya itu.
KC juga memakai baju Melayu sedondon!
Pada mulanya, Min fikir Fiza O mengenakan tudung sempena Raya saja. Namun, setelah hari-hari pertama Raya, Fiza O tetap memakai tudung seperti kelihatan di socmed dan YouTubenya.
Alhamdulillah! Kami berdoa agar penghijrahan Fiza O dipermudahkan.
Sebelum ini, Fiza O juga mengenakan tudung di kandungan YouTubenya yang berkaitan Ramadan.
Video FeastzaO terbarunya mengonfirmkan bahawa Fiza O kini wanita bertudung kerana Fiza berjenaka dengan selambanya bahawa sisa-sisa makanan boleh lap guna tudung!
Di kiriman IGnya, Fiza O menerima banyak komen positif atas penghijrahannya itu.
Ramai warganet serta rakan selebriti berdoa semoga istiqomah.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Fiza O)
[…] yang menggunakan nama dua minah ini adalah Fauzi Azzhar, The Sharkyy Boyy, Joakim Gomez, Fiza O dan ramai […]
LikeLike