Tiket Kugiran Masdo laris bak goreng pisang

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sejarah tercipta semula.

Tiket bagi konsert Kugiran Masdo sold out sekali lagi. Ini setelah pihak Pesta Raya di Esplanade memindahkan ruang panggung konsert ini dari Studio Recital ke Dewan Konsert yang mampu menampung lebih ramai orang.

Ramai peminat yang gembira mereka dapat menonton konsert band asal Malaysia ini kerana akhirnya dapat menggapai tiket yang kehabisan beberapa minggu lalu.

Walaupun diberi waitlist, terdapat juga segelintir peminat yang terlepas peluang sekali lagi. Bak kata pepatah, pisang berbuah dua kali. Tiber…

Mereka di waitlist diberi keutamaan pada 9 pagi tadi untuk membeli tiket. Ini setelah pembeli tiket asal diberi peluang untuk membeli tiket-tiket mereka semula dari 10 Mei hingga semalam.

Sepatutnya, tiket-tiket yang tak terjual kepada mereka di waitlist akan dibuka kepada awam mulai 16 Mei. Tapi… apakan daya.

Di Carousell pula, terdapat listing yang meminta tiket Masdo.

Harap-harap takde scalpers ok? Yang nak jual tu dengan sebab-sebab tertentu yang munasabah, janganlah nak ambil untung.

gambar tangkap layar: Carousell

Kalau nak beli dari pihak ketiga, berhati-hati tau!

Tak sangka fanbase Kugiran Masdo begitu mampat sekali, eh?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Pesta Raya)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s