Konsert Kugiran Masdo beralih ke ruang lebih besar

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Konsert sulung Kugiran Masdo di Singapura dinaiktarafkan ke panggung yang lebih besar setelah peminat berang tiket habis dalam masa beberapa minit saja.

Ramai peminat meluahkan ketidakpuashatian mereka di wadah socmed, sehingga pihak penganjur dengan segera menubuhkan waitlist untuk mereka yang terlepas peluang mendapatkan tiket konsert di Esplanade ini.

Setelah menunggu berminggu lamanya, keresahan peminat Kugiran Masdo akhirnya hilang apabila Esplanade mengumumkan bahawa konsert sempena Pesta Raya 2022 ini akan beralih ke Dewan Konsert.

Di Instagram Kugiran Masdo, mereka menyeru pengikut IG mereka untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan bahawa kini peminat boleh membeli tiket tanpa rasa gelisah.

Pada mulanya, ruang yang diberikan kepada Kugiran Masdo untuk menghibur peminat Singapura mereka adalah di Studio Recital yang hanya mampu menumpang seramai 245 penonton. Manakala Dewan Konsert boleh menempatkan lebih 1,700 penonton.

Tarikh persembahan juga bertukar kepada 29 Mei, Ahad dari 28 Mei, Sabtu.

Pihak Sistic akan menghubungi pembeli tiket pada 10-12 Mei untuk membantu mereka membeli tiket mereka semula di ruang yang berlainan ini. Tiket yang mereka punyai sekarang akan dibatalkan.

Mereka yang telah daftarkan diri dalam waitlist akan diberi keutamaan, dan pautan akan dihantar kepada mereka pada 12 Mei. Tiket-tiket boleh mula dibeli pada 13 Mei, 9 pagi hingga 16 Mei, 6 petang.

.

Jadi, kalau korang nak priority link ni, daftarkan diri dalam waitlist SEKARANG! Korang ada sampai 10 Mei, 10 malam.

Kalau ada tiket belen, barulah tiket akan dijual kepada orang awam mulai 16 Mei, jam 6 petang.

Persembahan di Dewan Konsert juga akan dilanjutkan ke satu setengah jam.

Ha… so fans Kugiran Masdo pastinya eksaited lah kan? Kasi sold out tau, diorang dah penat upgrade ni!

Untuk butiran lanjut mengenai persembahan Pesta Raya yang lain, klik sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Esplanade)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s