Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tidak seperti konsert pertamanya, harga tiket konsert Masdo kali ini lebih mengancam.
Tiket termurah bermula pada harga $98 dalam kategori “MasShout” (Cat 2). Kategori “MasDance” (Cat 1) pula berharga $128 dan “MasMeet” (Cat 1) $178 – seperti namanya, pakej ini juga termasuk sesi Meet & Greet.
Butiran ini didedahkan di Instagram Rumi The Poet’s Cup tepat pada jam 8 malam tadi. Namun begitu, butiran bagi setiap kategori (seating plan) tidak dikongsi.
Menurut siaran Rumi, butiran lanjut akan diiklankan. Tiket-tiket boleh didapati di Sistic mulai 10 17 Oktober.
Ini bermakna tiket termurah bagi konsert ini 3 kali ganda berbanding harga tiket di konsert Kugiran Masdo di Esplanade yang lalu.
Rata-rata, di ruang komen ramai anak muda yang agak terkejut dengan harga tiket sehinggakan ada yang bertanya sekiranya terdapat harga istimewa untuk para pelajar.
Namun begitu, kami juga kurang pasti sama ada lebih banyak tiket yang lebih murah akan dijual sekiranya penjualan pusingan pertama laris.
Taktik Ungu?
Ini kerana pihak penganjur, Sah Entertainment, membuat perkara yang serupa bagi penjualan tiket konsert Ungu.
Sah Entertainment membuka lebih banyak tempat duduk di ruang Circle 1 setelah tempat duduk di ruang Stalls laris dijual.
Besar kemungkinan, mereka akan menggunakan strategi yang serupa untuk menjual tiket Masdo juga.
Kepada anak-anak Sidek yang kais pagi makan pagi atau masih mengharapkan duit saku oleh ibu bapa, korang tunggu je ah.
Kugiran Masdo bakal bertemu peminat Singapura di Star Theatre pada 26 November dalam konsert berjudul Malam Pesta Rock N’ Roll.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Rumi)
TERKINI:
Baru-baru ini, pihak penganjur telah umumkan harga tiket baru.
Tiket-tiket bermula pada $28 bagi kategori “MasRelax”.
Selain itu, dua kategori baru – “MasSantai” dan “MasVibe” dijual pada harga $58 dan $78 masing-masing.
[…] tiket Masdo belum sold out […]
LikeLike
[…] Greet sekali. Sama dengan konsert-konsert yang dianjurkan Sah Entertainment sebelum ini seperti Masdo dan […]
LikeLike
[…] ini, Anuar dan Ziana Zain, Masdo, Ungu dan OkLetsGo menghiasi pentas Star Theatre […]
LikeLike
[…] masyarakat Melayu setempat. Antara konsert yang sudah dikendalikan di sini adalah konsert Ungu, Masdo, Anuar dan Ziana Zain, Wali Band, Andmesh Kamaleng dan banyak […]
LikeLike