Agnes Monica lancar patung lilin di Madame Tussauds SG

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bintang Indonesia popular, Agnes Monica atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo kini, telah lancarkan patung lilin ttersendiri di Madame Tussauds Singapura.

Menurut kapsyen Ig Madame Tussauds SG, setelah penantian dua tahun, mereka mendedahkan patung lilin penyanyi dan penulis lirik antarabangsa itu.

Sesi meet & greet turut diadakan untuk para peminat.

gambar: Madame Tussauds SG

Patung lilin Agnez begitu serupa sehingga Min tak tau mana satu manusia, mana satu patung!

Chey bedek lah, yang berbaju kuning-biru tu patung. Menurut Agnez, posing itu dipilih kerana ia posing yang senang untuk dikekalkan selama 5 jam dan pada masa yang sama, melambangkan beliau.

Menurut Instagram penyanyi Matahariku itu, pihak Madame Tussauds mengambil 200 ukuran dan terbang dari London ke LA untuk membuat ukuran.

Anda juga boleh saksikan pelancaran patung lilin pelakon Pernikahan Dini itu secara penuh di Facebook Madame Tussauds SG.

Kepada peminat Agnez Mo yang ingin ke Sentosa dan bergambar, anda boleh dapatkan tiket bundle Madame Tussauds SG yang merangkumi barangan eksklusip Agnez Mo. Semuanya di pautan ini.

Yang penting sekarang ni, kenapa dia datang Singapura tapi takde showcase atau konser? BCL, pls hook her up dengan RWS ke…

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Madame Tussauds SG)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s