Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Malam semalam, Resorts World Sentosa telah membuka tirai konsert Bunga Citra Lestari atau BCL antarabangsa buat julung-julung kalinya.
BCL menyambut penonton dengan lagu Cinta Pertama (Sunny) yang amat menyayat hati.
Kepada anda yang bakal menonton konsertnya malam ini, anda mungkin ingin skip artikel ini sebab ada spoilers.
Yes, konsert BCL di Singapura 2 malam ye! Semalam dan malam ini, so kalau korang nak tengok, boleh beli tiket sekarang!
Sungguh intim
Seperti judul konsertnya, BCL benar-benar menghidupkan rasa intimate antara dirinya dan peminatnya. Penonton bukan sekadar menikmati nyanyian dan persembahannya, malah penonton bersama-sama diajak ke perjalanan mengenali BCL yang baru – BCL yang telah BLOSSOM.
Topik mengenai cintanya terhadap arwah suaminya, Ashraf Sinclair, menjadi tema yang mendukung konsert international ini. BCL berkongsi bagaimana beliau menerima hakikat, mengharungi dugaan dan akhir sekali meneruskan hidup baru.
Tambahan pula, BCL mendedikasikan 3 lagu buat arwah Ashraf Sinclair iaitu Tentang Kamu, Wanita Terbahagia dan 12 Tahun Terindah. Menerusi tiga lagu ini, kami dapat menyingkap secebis perjalanan cinta serta healing BCL.
Amat menyentuh jiwa sekali apabila BCL berkata bahawa beliau pertama kali menyanyikan Wanita Terbahagia setelah bertahun tidak mendendangkan lagu itu. Menurutnya, setiap detik bersama arwah suami serta anaknya, Noah Sinclair, terasa amat lengkap ketika itu.
Menyatukan muzik serantau
Sememangnya, peminat dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei amat sporting di konsert Blossom ini. Apakan tidak, hampir semua lagu penonton menyanyi bersama, membuat BCL rasa terharu. Antara lagu yang popular adalah Cinta Sejati, Aku Wanita, Harta Berharga dan banyak lagi.
Lagu popular Dato’ Shila Majid, Legenda, turut dinyanyikan penyanyi asal Indonesia ini. Sungguh magical rasanya tatkala penonton menghidupkan lightstick sambil nyanyi Legenda bersama!
Penyanyi undangan yang dinantikan
Tidak lupa juga penyanyi undangan seperti Alvin dan Raynald Prastesya yang berduet dengan BCL. Menurutnya, beliau menganggap anak muda ini sebagai anak didiknya agar dapat terus berjuang dalam industri muzik.
Penyanyi duet yang dinanti-nantikan tidak diberi sesi pengenalan, terus muncul menyanyi! Penonton apa lagi, teriak lah bila Ariel Noah keluar.
Best sangat tengok mereka berdua mengakhiri persembahan mereka dengan Menghapus Jejakmu, sebuah lagu yang ikonik tidak asing lagi.
Di akhir konsert, BCL menyeru penonton untuk berdiri dan berdansa bersama. Penutupan yang amat seronok sekali.
Apa yang boleh diperbaiki?
Malangnya, tiada lagu encore… sedih!
Cakap pasal sedih, versi Ingkar dalam konsert ni agak rancak sangat untuk Min. Memanglah Ingkar antara lagu upbeat BCL, tapi Min prefer yang asli. Min tetap vibe tho!
Ternyata, memanglah terkejut bila diberi lightstick. Agak kurang bertempat, Min rasa. Ini kerana kebanyakan lagu BCL adalah slow dan lightstick tu berkelip pulak tu. Kalau ada mode gradient saje, ok kot?
Penonton juga tidak dibenarkan merakam persembahan, cuma mengambil gambar. Kesian tengok usher/guard sering menyuruh penonton henti rakam. Akhirnya, ramai juga yang rakam. Mungkin mereka boleh pancarkan ke skrin tatatertib menonton konsert sebelum mulanya konsert.
Also, busana yang dipakai BCL… semua kelihatan sama jek. Warna sama, cuma ada blingbling. Tu je… Niari pakai apa pulak?
Tapi kan, backdrop visuals untuk konsert ni memang meletop ah. Suke sangat!!!
Belilah tiket!
Kepada anda yang tidak ada apa-apa malam ini, Min syorkan tonton BCL secara LIVE di RWS Ballroom. Asyikkkkk! Tak tengok menyesal, beb.
Tiket masih boleh didapati di sini.
Konsert Blossom sebuah persembahan yang amat menghiburkan, menyentuh jiwa, mengajak penonton dalam perjalanan hidup BCL dan amatlah intim. Terima kasih kerana mengenalkan kami kepada BCL yang baru.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Resorts World Sentosa)
[…] Bunga Citra Lestari, atau BCL, mendekati peminatnya dengan konsert Blossom di Sentosa. […]
LikeLike
[…] Antara konsert yang telah berlangsung adalah konsert Masdo, Fenomena, Muzik Lagendadan BCL. […]
LikeLike
[…] dah tonton banyak konsert pascapandemik. Antaranya Aina Abdul, Bunga Citra Lestari, Fenomena dan baru-baru ini, Anuar & Ziana […]
LikeLike
[…] penting sekarang ni, kenapa dia datang Singapura tapi takde showcase atau konser? BCL, pls hook her up dengan RWS […]
LikeLike
[…] Bunga Citra Lestari beraksi di Resorts World Sentosa rasanya seperti menonton sebuah teater […]
LikeLike
[…] ini, Bunga Citra Lestari pun pernah adakan konsert di […]
LikeLike