Pengalaman Playlist Live Festival 2.0

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dua minggu lepas, Min telah terbang jauh ke Indonesia untuk menonton sebuah pesta muzik yang berlangsung di Bandung.

Playlist Live Festival 2.0 jatuh pada tanggal 17 dan 18 September lalu di Laswi City Heritage tapi malangnya Min hanya tonton pada hari pertama (nanti Min cecite…).

Harga tiket murah!

Antara sebab mengapa Min sanggup ke luar negara demi pesta muzik ini adalah kerana harganya. Hanya bayar lebih kurang SGD30 untuk mendapatkan tiket bagi pesta yang berlangsung selama dua hari ini.

Ternyata, tiket ini bukan hanya murah kerana mata wang Singapura yang lebih kuat. Malah, warga Indonesia sendiri menyatakan bahawa harganya amatlah berbaloi untuk penyanyi yang akan membuat persembahan.

Barisan selebriti awal 2000-an

Seperti apa yang dikongsi di Instagram Playlist Live Festival, banyak kugiran dan penyanyi yang sinonim dengan era awal 2000-an akan muncul di pentas mereka. Ini juga sebab utama mengapa Min teringin sangat menonton pesta muzik ini.

Ye lah, siapa tak nak tengok Maia, Mulan Jameela, Ungu, Gigi, Kangen Band, Kotak, Project Pop, Cinta Laura Kiehl, Dewa 19 dan ramai lagi, kan? Ini mungkin peluang yang terakhir untuk menonton mereka di satu lokasi!

Min selalu dengar mereka sewaktu membesar dan merekalah ikon muzik yang Min idolakan.

Namun begitu, konsert ini bukanlah 100% seru dan asyik. Ada juga cacat-celahnya. Dan dalam tulisan ini, Min akan kongsikan apa yang seronok dan apa yang kurang.

Yang mantul!

Vibe penonton

Min dah tonton banyak konsert pascapandemik. Antaranya Aina Abdul, Bunga Citra Lestari, Fenomena dan baru-baru ini, Anuar & Ziana Zain.

Tapi takde satu pun boleh dibandingkan dengan penonton Indonesia di Playlist Live Festival!

Mereka turut bersorak kuat, bernyanyi, berdansa dan benar-benar menikmati persembahan. Bak kata omputeh, let loose gitewwww.

Macam-macam makanan

Sekiranya anda lapar di tengah-tengah konsert, anda boleh pergi ke ruang makanan dan beli apa saja yang anda inginkan.

Terdapat makanan street food Indonesia serta makanan yang lebih moden dan fusion juga.

Sate Padang – meh…

Yang penting, harga makanan tidak begitu mark-up. Kalau kat Singapore, mesti kenek ketuk punya, kan? Maklumlah harga makanan festival katanya. Favourite Min adalah jus jeruk yang berharga 5,000 IDR untuk 2 botol! Kau ade?

Penyanyi lepaskan rindu

Dalam pesta ini, anda boleh benar-benar rasakan bahawa selebriti atau penyanyi yang pernah menjadi idola atau bintang kepada remaja 2000-an amat merindui zaman gemilang mereka.

Hampir kesemua penonton berumur antara 20 hingga lewat 30an membuktikan bahawa zaman tersebut benar-benar menjadi satu masa yang begitu penting buat mereka.

Kedua-dua penyanyi dan penonton dapat kembalikan zaman tersebut, sekaligus melepaskan rindu. Begitu jugak Min.

Lima pentas!

Terdapat Lima pentas di pesta ini.

Min percaya ini salah satu usaha crowd control agar penonton tidak berkerumun di satu tempat saja.

Dengan cara inilah mereka dapat menampilkan ramai penyanyi kerana sebanyak tiga boleh berada di pentas berbeza pada waktu yang sama.

Pendek kata, ni ala-ala Coachella lah…

Malang sekali, Min ada lebih banyak perkara yng kurang senang yang Min ingin kongsikan.

Yang kurang puas hati…

Antrian!

Pada hari pertama, nak beratur masuk tu agak senang.

Di gerbang masuk, kami diarahkan ke laluan yang sepatutnya dan beratur kira-kira 20 minit sebelum beg kami diperiksa. Setelah itu, mereka meminta tiket dan berikan gelang untuk kami.

Gelang yang diberi itu melambangkan bahawa kita punyai tiket untuk dua hari. Itu saja.

Hari kedua lain sekali.

Walaupun tiba awal dan mula beratur di luar Laswi City Heritage, barisannya seolah-olah tidak berganjak setapak pun.

Dan apabila ia mula bergerak, adoiiii perlahan sungguh.

Apa yang membuat orang ramai marah apabila terdapat segelintir yang menambahkan satu lagi baris. Bayangkan, dari satu baris menjadi… enam?!

macet manusia!

Kami beratur hampir dua jam tapi masih jauh daripada pintu masuk utama!

Setelah penat menunggu, kami memutuskan untuk tidak menonton kerana terlalu ramai orang, seumpamanya pihak penganjur menjual tiket terlalu banyak pada hari kedua.

Terpaksa kami ucapkan selamat tinggal kepada Rosa, Kerispatih, Ungu dan ramai lagi… Hais.

Dengar-dengar, di dalam pun sesak nak mampui.

@rizalprasetyaaaaa

Membalas @rifaaaa stagenya kebanyakan, jadi yg kesana pengin kesini, begitupun sebaliknya😁 kaya umroh #playlistlive

♬ Allahumma Labaik – Sabyan
ni tempat gerai kottttt

Satu pintu masuk saja

Tempat besar, penonton beribu… tapi kenapa tempat masuknya satu aja?

Bayangkan, tempat sebesar Stadium Negara tapi satu tempat masuk. Mestilah sesak, kan?

Oh wells. Bayangkan macam mana balik bila dah malam… Kecoh!

Tong sampah mana?

Di tempat yang luas dan lapang, sampah dibuang merata-rata kerana tidak kelihatan pun.

Kasihan pekerja yang terpaksa kutip sampah semasa konsert berlangsung.

Ini tidak termasuk sampah yang dibiarkan selepas hari pertama. Hais…

Mana-mana ada asap rokok!

Ni yang Min tak boleh terima tapi terpaksa terima!

Setiap pelusuk, ade je asap rokok tau… Hais susah nak enjoyzing dengan betul.

Inikerana salah satu penaja merupakan jenama rokok! Jadi… memanglah orang-orang merokok ni bebas halau nyamuk. Diorang jual on the go.

Crowd control?

Tak wujud!

Pada hari pertama, hujan mula turun tatkala Dewa 19 membuat persembahan (penyanyi terakhir).

Oleh kerana itu, ada yang ingin pulang dan mula bergegas ke luar. Tapi pada masa yang sama, ramai juga yang baru saja beralih dari pentas lain (baru habis tonton Setia Band) untuk saksikan Dewa 19.

Berpusu-pusu kita menolak orang ramai untuk keluar. Hais.

Dah lah hujan, dihimpit orang-orang berlekit, kasut kotor.

Lepastu bila kat luar, susah nak cari Gojek/Grab! Meskipun Grab salah satu partner diorang tau.

Orang ceroboh masuk?

Ni paling ???

Ade orang yang tak bergelang pun menikmati konsert bersama-sama. So… tak fahamlah.

Mana Amy Search?

Apabila mula-mula umumkan barisan artis, kononnya Search akan turun padang pada hari kedua.

Tapi… takde pun! So tak tau lah apa yang terjadi eh? Mereka tak buat sebarang pengumuman pun (kot?)

Perspektif Singapura?

Pada masa yang sama, Min terfikir… mungkin pendapat yang Min ada ini melalui perspektif warga SG di mana semuanya teratur di negara kita. Tapi, ramai juga penonton setempat yang turut mempunyai aduan yang sama!

Baca je komen di sini:

Jadi, aduan yang Min ada tidak semestinya datang di tempat yang lebih privileged.

Sesungguhnya Playlist Live Festival harus mendengar aduan penonton dan perbaiki mutu mereka sekiranya ingin mengadakan konsert pada 2023 nanti.

Natijahnya, meskipun pesta ini bukanlah yang terbaik dan serba kekurangan, Min tetap enjoy kerana ini adalah pesta muzik pertama Min.

Memang seru dan asyik sekali walaupun terpaksa duduk di atas batu-bata.

Ia suatu pengalaman yang membuka mata dan satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan. Dapat tengok Mulan Jameela nyanyi Makhluk Tuhan Paling Sexy secara LIVE dah memadai kot!

Melihat TikTok persembahan hari kedua membuat Min kesal sedikit tapi tak mengapa… Tuhan melindungi Min daripada tempat sesak!

menyesalllllll

Tapi takpe, Min akan tonton Ungu akhir bulan ni!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s