Bermula dengan irama rancak, Aina Abdul menggegarkan pentas Istana Budaya dengan lagu Inggerisnya berjudul Fool.
Dalam konsert pertamanya, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36 menghiburkan peminatnya serta Ainations yang telah menanti-nantikan konsert sulungnya ini.
Sebelum ini, Aina telah mengadakan showcase A Night With Aina Abdul 1.0 Disember lalu di The Platform Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Tentunya, para hadirin di panggung berprestij itu akan mengingati malam ini seperti apa yang dikatakan penyanyi itu.
Mestilah, Aina membuat konsert itu begitu intim sekali seolah-olah penonton adalah rakan baik Aina. Penghibur itu menceritakan tentang ilham lagu-lagu yang dinyanyikan, individu yang terlibat dalam pembikinan lagu, kisah hidupnya dalam bentuk lagu dan banyak lagi.
Kalau uolls fikir nak tunggu Aina tukar baju vazznya ambil masa, ekcili tidak! Sepantas kilat Aina tukar pakaian, ada masanya pasukan busana dan solekan akan ke pentas untuk perbetulkan pakaian dan touch-up, memberi imbasan kepada kehuru-haraan di belakang tabir.
Pentas malam itu memancarkan cahaya laser, membuat konsert Aina lebih menyerlah, melatarbelakangkan lampu yang berbentuk huruf A!
Selain karyanya sendiri yang tentunya popular, Aina juga menyanyikan lagu-lagu yang membangkitkan kerjayanya.
Aina mendendangkan lagu-lagu yang dinyanyikan semasa dirinya berada dalam The Masked Singer. Antaranya adalah Gemilang dan Listen.
Bukan itu saja, Aina turut mengubati rindu peminat YouTubenya dengan lagu-lagu cover yang viral di saluran YouTubenya seperti My All oleh Mariah Carey dalam konsert satu setengah jam itu.
Penonton di Istana Budaya juga menjadi saksi pertama mendengar lagu Terus Hidup secara LIVE!
Untuk hypekan lagi malam bersejarah itu, Aina bersama 6 jejaka kacak menghiburkan penonton dengan How You Like That nyanyian asal kumpulan K-pop, BLACKPINK! Gempak teramat sangat!
Aina mengakhiri konsert ini dengan busana berkelip-kelip rekaan Rizman Ruzaini, baju ketiganya. Setelah menyanyikan lagu Sepi, Aina menjanjikan A Night With Aina Abdul 3.0 di lokasi lebih besar, di lokasi lebih banyak dan mungkin di luar negara!
Mungkinkah Aina Abdul ke Singapura, Brunei atau Indonesia? Kita tunggu!
Kalau Aina datang Singapore, mane agaknye? Esplanade? Star Vista? Kallang Theatre?
Syabas Aina Abdul dan all the best untuk konsert hari kedua.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Aina Abdul)
[…] Aina Abdul yang popular dengan lagu Semalam, Sumpah dan Sepi, menjadi tekaan ramai apabila penganjur konsert band Indonesia itu, Sah Entertainment, mengongsi siaran ini di IG mereka. […]
LikeLike
[…] tiket-tiket di borang Google melalui pautan ini yang disediakan Sah Entertainment untuk menonton Aina Abdul secara […]
LikeLike
[…] dah tonton banyak konsert pascapandemik. Antaranya Aina Abdul, Bunga Citra Lestari, Fenomena dan baru-baru ini, Anuar & Ziana […]
LikeLike
[…] Aina muncul sekali lagu dalam duet bersama Pasha dalam Tercipta Untukku. Sesungguhnya suara mereka sama padan sekali, membawa anda terbang ke awan. […]
LikeLike
[…] Meet & Greet Aina Abdul di Singapura semalam, penyanyi asal Johor itu berkongsi bahawa konsert A Night With Aina Abdul 3.0 bakal ke empat […]
LikeLike
[…] Aina Abdul ini adalah konsert pertama yang Min tonton di luar […]
LikeLike