Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tak cukup sekadar menjadi penyanyi jemputan untuk kumpulan kugiran Indonesia, Ungu, Aina Abdul turut akan berjumpa peminat Singapura dengan lebih dekat lagi.
Peminat penyanyi lagu Semalam ini boleh menonton Aina Abdul di sesi Meet & Greet sehari selepas konsert Ungu di The Star Theatre.
Berharga $88 seorang, anda juga boleh menikmati buffet makan tengahari oleh Muslim Delights sambil dihiburkan penyanyi suara lantang itu.
Sesi itu berlangsung pada 23 Oktober, 12 hingga 3 petang di Civil Service Club, Changi.
Orang ramai boleh dapatkan tiket-tiket di borang Google melalui pautan ini yang disediakan Sah Entertainment untuk menonton Aina Abdul secara intim.
Sebelum ini, Aina Abdul meluahkan bahawa beliau ingin membuat persembahan di Singapura dan ingin go international.
Mungkin inilah tapak permulaan bagi penyanyi asal Johor itu untuk menebar sayap sebagai bintang antarabangsa.
(Gambar header: IG Sah Entertainment, archello.com)
– Pengkritik Sandiwara
[…] Victor di tangga pertama minggu ini dan bakal berduet bersama Aina Abdul minggu […]
LikeLike
[…] sebelum itu, tirai konsert ini telah dibuka oleh penyanyi Malaysia, Aina Abdul, yang membuat kemunculan pertamanya di Kota Singa […]
LikeLike
[…] mendedahkan kepada peminatnya di sesi Meet & Greet yang berlangsung di Muslim Delights Changi semalam bahawa Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 dalam […]
LikeLike
[…] untuk memberi hint siapakah penyanyi jemputan untuk konsert kali ini. Kalau Ungu diorang bawak Aina Abdul, kali ni siapa pulak […]
LikeLike