Ungu kembali ke SG Oktober ini

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah lama beri teaser, peminat kumpulan kugiran Ungu akhirnya boleh hembus nafas lega.

Menurut akaun Instagram Entertainment, band Indonesia popular itu akan kembali ke Singapura untuk menghiburkan peminat Singapura pada 22 Oktober 2022, mulai jam 8.30 malam di The Star Theatre.

Panggung tersebut merupakan lokasi yang sama bagi konsert Anuar Zain & Ziana Zain bulan depan.

Menurut kiriman IG itu juga, penjualan tiket bagi konsert ‘Ungu, The Greatest Night, LIVE in Singapore’ akan bermula minggu depan, 30 Ogos, 10 pagi. Tiket-tiket bermula $138 boleh didapati di lelaman Sistic.

Terdapat juga tiket untuk bertemu dengan ahli Ungu – Pasha, Enda, Ochi, Makki dan Rowman. Tiket Meet & Greet berharga $188.

Sebelum ini, Ungu pernah membuat konsert di Singapura pada 2017 di Esplanade. Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-27 bagi kugiran muzik Indonesia ini. Antara lagu popular Ungu adalah Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Cinta Dalam Hati dan banyak lagi.

Baru-baru ini, terdapat juga seorang penyanyi Indonesia yang telah menjayakan konsert dua malam di Singapura.

Bunga Citra Lestari, atau BCL, mendekati peminatnya dengan konsert Blossom di Sentosa.

Korang eksaited tak nak tengok Ungu? Banyaknyeeee konsert di SG!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: SAH Entertainment IG)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s