Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bunga Citra Lestari, akan kembali ke pentas dan buat julung-julung kalinya, bakal mengadakan konsert di Singapura pada 19 dan 20 Ogos!
Penyanyi popular Indonesia itu yang juga dikenali sebagai BCL akan membuat konsertnya di tempat yang berkelas, uolls! Bukan calang-calang!
Berjudul ‘BCL Blossom Intimate Concert‘, peminat boleh nantikan nyanyian lagu hitsnya dengan susunan lagu yang segar dan baru di… Resorts World Sentosa. Ha, kau. Vazz, kan?
Antara lagu yang boleh anda nikmati pada malam itu adalah Cinta Pertama, Pernah Muda, Karena Kucinta Kau, Cinta Sejati, dan Aku Wanita.
Bukan sekadar konsert saja, terdapat juga pakej-pakej staycation di tempat penginapan yang ditawarkan hotel-hotel di bawah jenama RWS, bermula dari SGD228. Anda boleh ke lelaman ini untuk butiran lebih lanjut. 2 tiket konsert termasuk dalam setiap pakej penginapan.
Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial
Bagi tiket konsert BCL di Resorts World Ballroom, ia bermula dari harga SGD68 hinggalah SGD168. Tiket boleh didapati di sini.
Dan Min nak ingatkan ye, konsert ni 2 malam tau bukan 1 malam! Gempaklah kalau sold out…
Sebelum ini, BCL pernah mengadakan konsert sulung bertajuk ‘It’s Me, BCL’ pada 2017 di Pusat Konvensyen Jakarta.
Persoalannye adalah… adakah kita akan melihat rakan baiknya, Syed Azmir, membuat kemunculan di konsertnya ini?
Kalau ade, memang best la kan?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Resorts World Sentosa)
[…] semalam, Resorts World Sentosa telah membuka tirai konsert Bunga Citra Lestari atau BCL antarabangsa yang buat julung-julung […]
LikeLike
[…] Bunga Citra Lestari, atau BCL, mendekati peminatnya dengan konsert Blossom di Sentosa. […]
LikeLike
[…] ni, kenapa dia datang Singapura tapi takde showcase atau konser? BCL, pls hook her up dengan RWS […]
LikeLike
[…] Syed Azmir akan menentang Hans Hamid. […]
LikeLike