Syed Azmir kongsi luahan hati atas pemergian Ashraf Sinclair

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah pemergian Ashraf Sinclair baru-baru ini, ramai selebriti yang mengongsi luahan hati mereka mengenai si arwah di socmed masing-masing.

Ini tidak terkecuali artis setempat kita yang juga mempunyai hubungan rapat sekali dengan allahyarham.

Semalam, Syed Azmir telah mengongsi video serta gambar di Instagramnya, lengkap dengan catatannya mengenai Ashraf Sinclair.

View this post on Instagram

• • Thursday 20.2.20 • • Just like any other times but this time, leaving Jakarta was dreadful. Bro, I kept repeating this video multiple times and listen to the words you said to me “bro that’s you and me bro, langit yang sama bro, jauh di mata dekat di hati bro”… • • You were in my first music video when we first met, back in 2007. We clicked right away! We had so much in common. We spent days together and talked about anything under the sun. You were the big brother I never had. • • You were my go-to person throughout the different stages in my life. The tough and the good times “Sa, i’m just a phone call away” was what you always said to me. And true enough, you never failed. Not once. • • Similarly, I will try my upmost best to be there whenever you need me, even if it was just to chill. Distance or money were never the issue. The time Bunga flew me in after my training just to surprise you for your 39th birthday. Came at the nick of time and that look on your face. Damn epic, I’ll never forget. • • At your wedding dinner in KL, I sang “You Give Me Something” by James Morrison? I cried when I gave my speech. “Bunga, pls love him and take care of him, cos you took my brother and my bestfried away from me”. Just before I left for SG today, I thanked her @bclsinclair for keeping her promise. And kissed Noah and told him “I’m just a phone call away if you need me” • • Through our countless ups and downs together, this has got to be the most memorable – Once upon a time when we were young broke rebels, we took out whatever we had in our wallets and with RM12, we went to Rasta at TTDI and shared a bowl of lemak cili padi. • • The endless love and happiness you’ve showered during your lifetime was immensely felt the last few days. You were a great soul. You were the light in the room and will always be. Daddy @marmalademagician , Umi @dida_sinclair , @aishahjennifer , @shaikhshahnaz , @adamyousofunny , @yuna and last but not least @bclsinclair and Noah missed you. You rest now. I love you so much man. 🤜🤛 • #ashrafsinclair #restinlove #bros #brosforever

A post shared by Syed Azmir Syed Azman (@syedazmir_) on

Syed Azmir menulis:

Seperti masa-masa yang lain, tapi kali ini (untuk) meninggalkan Jakarta amat berat sekali. Bro, aku asyik ulangi video ini berkali-kali dan mendengar kekata yang kau katakan kepadaku, “bro itu kau dan aku bro, langit yang sama bro, jauh di mata dekat di hati bro”.

Kau di dalam muzik video pertama aku apabila kami bertemu buat pertama kali, pada 2007. Kami ngam serta-merta! Kami ada banyak persamaan. Kami luangkan masa bersama dan berbual tentang apa jua. Kau lah abang yang tidak pernah saya ada.

Finalis Anugerah itu mengongsi saat pertemuan mereka dan betapa rapatnya mereka.

Kau lah orang yang aku cari di peringkat-peringkat kehidupan aku. Masa sukar dan senang “Sa, aku sejauh panggilan telefon” itulah yang kau selalu katakan kepada aku. Dan sejujurnya, kau tak pernah gagal. Sekali pun tak.

Begitu juga dengan aku, aku pun akan sedaya upaya untuk berada untuk kau sekiranya kau perlukan aku, walaupun untuk bersua. Jarak atau wang tidak pernah menjadi isu. Masa Bunga terbangkan aku selepas latihan untuk membuat kejutan untuk harijadi ke-39 kau. Datang secepat mungkin dan raut wajah kau. Amat epik, saya tak akan lupa.

Menurut Syed Azmir, Ashraf Sinclair selalu ada untuknya dan sebaliknya. Mereka begitu rapat sekali sehinggakan Bunga Citra Lestari sendiri membawa Azmir untuk membuat kejutan buat harijadi Ashraf.

Untuk majlis persandingan kau di KL, aku menyanyi “You Give Me Something” oleh James Morrison? Aku nangis apabila memberi ucapan. “Bunga, tolong cinta dia dan jaga dia, kerana kau ambil saudara dan rakan rapat saya daripada saya.” Sebelum saya berangkat pulang ke Singapura, saya berterimakasih kepadanya @bclsinclair kerana mematuhi janji. Dan mencium Noah dan memberitahu dia “saya sejauh panggilan telefon jika awak perlukan saya”

Nampaknya persahabatan akrab mereka berdua turut dilanjutkan kepada Noah.

Anggota ANBS itu mengakhiri catatannya dengan kata-kata manis untuk keluarga si arwah.

Cinta dan kebahagiaan tak terhingga yang kau curahkan semasa kehidupan amat terasa beberapa hari ini. Kau insan yang baik. Kau lah cahaya di dalam bilik dan sentiasa akan menjadi cahaya.

Kau rehatlah sekarang. Aku sayang kau sangat.

Begitu mendalam dan sayu luahan hati Syed Azmir, sehinggakan ada yang menitiskan airmata membacanya. Beberapa rakan artis berikan kata semangat dan pendorong buat Syed Azmir.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s