Joakim Gomez terharu dengar azan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Joakim Gomez, seorang finalis Singapore Idol satu ketika dahulu, mengongsi sekelip video di Twitter di mana laungan azan daripda Masjid Sultan terdengar.

Dalam tweet tersebut, DJ 987FM itu menulis:

Saya mungkin tidak tahu apa maknanya, tapi saya selalu rasa nyaman apabila terdengar azan oleh Muezzin daripada masjid. Saya gembira saya di situ ketika ia berlaku.

Inilah Singapura yang saya kenali.

Sayang,

Seorang lelaki Katolik

– Joakim Gomez

Tweet itu yang menunjukkan secebis toleransi dan persefahaman antara pelbagai agama di Singapura, mendapat lebih daripada seribu ‘retweets’ dan dua ribu sukaan.

Ramai yang membalas tweet Joakim dan memberitahunya makna azan.

Ada pula yang tertanya-tanya di manakah tempat ikonik tersebut.

Telah menjadi satu kebiasaan di mana setiap kali azan berkumandang di kawasan Masjid Sultan, kedai-kedai akan menghormati azan. Tak kira apa agama mereka, seperti yang dikongsi pengguna Twitter @aidameowsterz

Masjid Sultan merupakan antara masjid di mana azan boleh dilaungkan secara terbuka.

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s