Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kehangatan rancangan realiti Malaysia yang disiarkan di Astro Ria turut dirasai di Singapura! Apakan tidak, hosnya tu orang kita. Tak ke gitu?
Cakap pasal Dansa Dan Sing ni… ayuh kita lihat beberapa persembahan tarian di Singapura yang akan berlangsung kelak!
DIAN Dancers bakal mempersembahkan SURI pada 28 Mac di SOTA Studio Theatre.
Diilhamkan dan diapdatasikan oleh kisah ‘Mahsuri’, SURI mengisahkan watak Mahsuri melalui tarian tradisional, kontemporari dan kreasi baru. Tema dan prinsip yang wujud dalam kisah dongeng ini.
Satu lagi persembahan tarian yang akan berlangsung adalah GADING pada 6 & 7 Mac di Esplanade.
GADING merupakan sebuah karya tarian kontemporari yang berasaskan kebudayaan Melayu dan pergerakan tarian tradisional, diilhamkan daripada keindahan ciri-ciri bahan semulajadi ini.
Di samping sambutan ulang tahun Sriwana yang ke-65, Aidli Mosbit telah diundang untuk menjadi dramaturg para ahli reka tari Sriwana, iaitu Zannury Zakarea, Aziela Abdul Rahim dan Juhari Zaid, sambil juga memaparkan bakat-bakat Sriwana.
Dapatkan tiket anda di sini!
– Pengkritik Sandiwara