Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon Suria yang telah bersara, Nick Mikhail, telah pun menumbuhkan sebuah saluran di YouTube yang bertajuk “Turun Cakap by Nick Mikhail”.
Dalam salah satu video perkenalan, pengasas jenama Hombre21 itu telah menjelaskan istilah Turun Cakap, iaitu bahasa jalanan di mana ia digunakan apabila orang-orang ingin berjumpa dan berbincang untuk selesaikan satu keadaan.
Dalam video itu, Nick berkata bahawa tujuan saluran ini adalah untuk mengupas isu-isu tular selebriti di mana mereka boleh perbualkan apa juga isu tanpa sebarang sekatan atau tapisan, di mana mereka mungkin tidak akan kongsikan di televisyen mahupun radio.
Nick Mikhail juga telah membuka akaun Instagram @turuncakapbynickmikhail di mana rancangan bual bicara ini juga akan disiarkan.
Nick Mikhail bukan saja akan menjemput selebriti tetapi individu bukan selebriti.
Difahamkan, selebriti sensasi episod pertama rancangan ini ialah Aliff Aziz.
Apakah yang bakal dibincangkan oleh mereka berdua? Adakah mereka akan mengupas isu mencuri, tayang kemaluan, aspek cinta dan sebagainya dalam hidup Aliff Aziz yang penuh pancaroba ini?
Kalau nak tahu… jangan lupa langgan saluran Turun Cakap by Nick Mikhail lah! Agak-agak siapa lagi selebriti yang akan dia tampilkan?
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] pertama Turun Cakap punyai sebanyak 9 episod. Jika anda ingin ikuti episod-episod ini semasa menandu or whatever, Turun […]
LikeLike