Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Menyayat hati dan mengusik jiwa.
Itulah kesan persembahan The Son yang dibawakan Pangdemonium Theatre.
Mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Nicolas (Zachary Pang) yang berdepan dengan kesakitan mental yang pada mulanya tidak diketahui oleh keluarganya.
Anne dan Pierre, ibu dan bapa Nicolas, berpendapat bahawa Nicolas rasa terganggu kerana ia hanya satu fasa yang dilalui Nicholas akibat penceraian mereka. Mungkin dalam fikiran mereka, inilah yang dihadapi setiap anak-anak yang mengalami perkara seperti ini.
Namun, keadaan Nicolas semakin ketara. Dia kerap ponteng sekolah dan ketidakstabilaan emosinya sering berlaku. Dan dengan inilah, keluarga Nicolas, termasuk isteri baru bapanya, sedar bahawa Nicholas tidak hanya melalui sebuah fasa tetapi berdepan dengan kemurungan.

Apa yang dikupas dalam persembahan The Son yang diarah Tracie Pang ini amatlah penting sekali kerana apa yang dianggap masalah biasa atau sebuah ‘fasa’ yang dilalui anak-anak di mana ibu bapa bercerai. Tetapi sebenarnya, apabila dilihat lagi dengan lebih mendalam, terbongkarlah perkara yang sebenar-benarnya.
Mungkin kita tidak dapat melihat atau memahami masalah mahupun perasaan individu-individu seperti Nicolas lalui, tapi ini tidak bermakna ia tidak wujud. Mereka perlukan sokongan keluarga, masyarakat dan kawan-kawan.
The Son juga mengingatkan penonton bahawa orang yang menghidap kemurungan ini tidak semestinya akan menunjuk kepada orang ramai bahawa mereka sedang berdepan dengan kemurungan. Malah, mereka juga seperti orang yang biasa, cuma mereka tidak mahu memberitahu bahawa mereka mempunyai kemurungan. Oleh itu, jika seseorang memberitahu sesiapa bahawa mereka mempunyai kemurungan, itu satu perkara yang besar dan tindakan yang amat berani sekali.
The Son akan dimainkan di Perpustakaan Negara hingga 7 Mac.
– Pengkritik Sandiwara
[…] mungkin telah menonton The Father dan The Son, kini giliran The Mother pula untuk muncul di pentas teater bagi melengkapkan trilogi keluarga […]
LikeLike