Salam Sejahtera, para pembaca setiaku!
Ni mesti baru habis menonton Syurga Ibu di Suria, bukan? Yes, saya akan menulis pendapat saya mengenai drama HOT terbaru ni. Kalau tak setuju, bolehlah tulis blog sendiri huhu.
Dibintangi Yuslina Yussof, Nurul Aini, Aznah Hamid, Hatta Said, Ain Aksan, Aric Hidir, Hashimah Hamidon dan Sofie Dendroff, drama yang disiarkan setiap Rabu ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang… penuh rahsia? Entahlah, sis.
Melalui episod pertama sahaja, saya tahu saya akan menonton drama ini dengan teliti kerana saya tahu akan ada konflik, pertelingkahan, pergaduhan, skandal dan lain-lain lagi untuk menaikkan nafsu anda untuk menonton drama ini! It’s THAT typical Suria drama that we all hate sebab lakonan kaku dan skrip merepek but we love it sebab amat DRAMA sekali!
Yuslina Yusoff memainkan watak Syurga kerana “Jannah” terlalu Arab dan kita tidak mahu masyarakat kita mengArabkan budaya Melayu!
Syurga merupakan anak bongsu Rahimah, dan oleh kerana anak bongsu, manja lah kan? Namun, tahap manjanya terlalu manja sehinggakan ia menjengkelkan sekali. Sila meninggal.
Syurga seorang murid fesyen di sebuah institusi pendidikan dan di situ, masih ada murid-murid yang gaduh tentang isu tempat duduk. Suria, do your research. Perkara begini hanya berlaku di sekolah rendah/menengah.

Syurga berteman dengan seorang murid “repeat” bernama Neraqa yang dimainkan oleh Sofia Dendroff. Hmm…? Macam kes Interns 2 je kenek amek module lagi… Suria kekurangan idea ke?
Kakaknya Syurga, Hilda (Nurul Aini) (lol what’s w the name of the watal-watak in this show) ingin mendirikan rumah tangga dan sedang bersiap sedia untuk hari pernikahan. Melalui beberapa adegan dalam episod 1, boleh kelihatan ketegangan antara Hilda dan Syurga. Hmm.. Mengapa eh? Dia juga tidak begitu mesra dengan isteri abangnya, Seri. Adakah Hilda mempunyai Sindrom Anak Tengah?
Seri sedang sarat mengandung tapi masih ingin kerja dan ingin naik pangkat! Dia lebih mementingkan kejayaan dirinya daripada kesihatan dirinya dan bayi. Peliknya, dia memarahi suaminya, Hilmi yang tidak mengejutnya kerana terlambat untuk presentation padahal dia belum pilih baju??? Abeh bila dah sampai kat kerja make-up bertepek setebal ego dia tau???? Mana kau carik time sak. Seri juga sedang bingit dengan suaminya yang belum mencari kerja tetap.
Oh yes, dia pun adakan sesi “Baby Shower” untuk bayinya yang akan datang. Pelik eh Suria? Menggalakkan budaya barat dan mengabaikan budaya Lenggang Perut. Pui!
Bakal suami Hilda, Syarif buat apa di depan komputer eh? Sampai berpeluh. Takkan la dia beronani sambil menonton video lucah sehingga menitiskan peluh? Pelik…
Syurga menasihati Neraqa untuk tetap belajar dan jangan putus asa dalam mencari kerja. Neraqa amat tertekan kerana ibu bapanya sudah meminta wang daripadanya. Part gini tak pulak Suria menekankan unsur-unsur Barat? Di mana anak-anak tidak perlu menjaga hal ehwal ibu bapa setelah mencecah 18 tahun? Hmm… Syurga pun membawa Neraqa ke rumah untuk belajar bersama. Di situ, Neraqa berjumpa dengan ibu Syurga.
Walaupun Rahimah seorang pendidik, dia masih berfikiran judgy terhadap rakan Syurga, Neraqa hanya kerana pemakaiannya yang amat gothic dan juga kerana Neraqa murid “repeat”. Rude ass bitch!
Rahimah seolah-olah mempunyai rahsia tentang Hilda yang disimpan daripada bakal suami Hilda. Ini kerana rakan/saudara Rahimah menyuruh Hilda memberitahu perkara sebenar… Plus, the character yang menggesa untuk bilang perkara sebenar dimainkan oleh…
YOU KNOW A SURIA DRAMA IS THE SHITZ WHEN HASHIMAH HAMIDON IS IN IT!!!!
Di akhir episod ini, penonton diberi FLASHBACK semasa Hilda masih remaja. Dia berlari ke pintu rumah kerana daerah nonoknya berdarah. Oh mengapa? Adakah dia bertukar jantina – memotong zakar? Atau dia dinodai? Adakah itu rahsia yang disimpan? Kerana Hilda bukan dara?
Adakah kita masyarakat yang mementingkan “keDARAan” seorang wanita? Haruskah wanita itu mengekalkan status DARA sehingga nikah? Patutkah kita mendiskriminasi wanita-wanita hanya kerana mereka sudah hilang dara sebelum kahwin? Walaupun sebab-sebab mengapa mereka hilang dara amat traumatik? Seperti dirogol, dicabuli dan lain-lain?
Cuma satu perkara saya tak faham. Kenapa bila nak start scene, mesti black and white tau????
Walaubagaimanapun, saya tahu this show will be a hit dan saya akan tetap menonton. Tak sabar nak lihat episod-episod akan datang! Cuma skripnya amat jijik ah cos it’s Suria yux hahaha k selamat malam semua!
Ikuti saya di Twitter untuk LIVE TWEETS!
– Pengkritik Sandiwara
Saya suka kritikan anda..very refreshing dan sangat jujur.
LikeLike
Terima kasih!
LikeLike