Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pertama sekali, saya ingin meminta maaf atas reviu yang seminggu lewat ini!
Saya belum menonton episod 11 dan 12 kerana tiada masa. Jadi, saya akan menulis reviu tentang episod 13 sahaja, jadi, reviu ini mungkin sedikit bias.
Pertama sekali, saya kurang pasti apakah yang menyebabkan pergaduhan antara Guo Zheng dan Aman. Dahulunya, mereka bagai pinang dibelah dua! Kini, asyik gaduh sahaja… Tapi semuanya diberes kerana Iman, cucu mereka!
Nampaknya Eliza selamat daripada menjadi mangsa pedophile namun, Bryan terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga terlantar di hospital. Tapi kerana ini drama Suria, dia pun sedar dalam episod akhir!
Kak Lis pula seolah-olah dalam dilema kerana bekas suaminya mula menunjuk perasaan terhadapnya namun sudah ada lelaki baru yang muncul dalam kehidupannya. Mujur dia tahu apa yang baik untuk dirinya dan memilih pakwe barunya itu. Anak-anaknya pun sudah menerima bakal bapa tiri baru mereka!
Fir dan Happy sudah menimang cahaya mata bernama Iman. Pada masa yang sama, mereka sedang berkerja keras untuk mengumpul wang bagi rumah baru mereka. Kasihannya, Fir dibuang kerja kerana bertindak secara fizikal terhadap bosnya, Romel. Nasib menyebelahinya dan Romel menerimanya balik ke kerja kerana sedar bahawa dia telah melayan pekerja-pekerjanya dengan cara yang salah.
Akhir sekali, mereka hidup bahagia seperti sedia kala sebagai satu keluarga yang baru. Dengan 2 orang ahli keluarga baru. Iman dan Pakwe Kak Lis!
– Pengkritik Sandiwara
[…] episod-episod yang bakal menanti anda adalah Mertua International, Tersalah Firasat dan Tertekan Minyak. Wow, membaca tajuk-tajuknya memang geli hati ya! Kelakar […]
LikeLike
[…] kita bakal melihat cabaran pasangan berbilang kaum kerana matair si Arif ini berbangsa India yang bernama Charanya (Vikneswary […]
LikeLike