Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama Kecoh Kahwin bermula dengan Aminah (Hashimah Hamidon) mengumumkan kepada ketiga-tiga anak lelakinya bahawa dirinya ingin melihat anak bujangnya mencari calon pasangan sebelum dia menolak ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.
Pelik, pergi haji kenek ade menantu ke? Kenapa dia meletak tekanan tak bersebab kepada anak-anaknya untuk kahwin? Kan lagi senang kalau dia cakap, “Nanti Mak kat sana, mak doakan korang semua cepat-cepat dapat jodoh.”
Tak pernah umur dengar orang tua cakap nak tengok anak kahwin sebelum pergi haji. Selalunya sebelum matilah.
Selain itu, anak dia semua lelaki. Kalau takde sorang yang team #JalurPelangi, cerita ni dah tak realistik. Tapi anak tengah (out of all), Afiq (Harris Baba), merupakan anak angkat.
Afiq baru saja putus cinta dan sedang berkabung.
Selain menjadi ibu yang terlalu prihatin akan kehidupan peribadi anak-anaknya, tak menjadi satu kejutan bahawa Aminah ni seorang majikan yang micromanage. Dialah boss, tapi dialah jugak yang QC, yang nak periksa barang delivery, yang nak aturkan jadual serta alamat penghantaran untuk syarikat kateringnya ini.
Sehinggakan terjadinya salah faham dan malapetaka.
Selain terjatuh dengan barangan mentah, Aminah juga tidak menukar alamat penghantaran bagi pesanannya walaupun sudah diberitahu oleh pelanggan.
Check2, pelanggan tu matair anak bongsunya, Arif (Zhin Sadali).
Nampaknya kita bakal melihat cabaran pasangan berbilang kaum kerana matair si Arif ini berbangsa India yang bernama Charanya (Vikneswary SE).
Tahukah anda bahawa 1 dalam 5 perkahwinan di Singapura merupakan perkahwinan campur? Period.
Pada masa yang sama, cinta putik semula bagi anak sulungnya, Amin (Fauzie Laily).
Amin mula bermesra bersama Sasha (Nurul Aini) yang baru pulang dari Australia. Typicalnye keluarga Melayu Singapura mastautin kat Australia.
Selain kisah keluarga mereka, drama ini juga mempunyai kisah-kisah mini.
Pada episod ini, penonton dapat lihat bagaimana seorang penulis berkerusi roda yang ingin mencari wanita ‘putih’. ?????????????????????????????????
Terkejut bila Min dengar calon isteri dia harus ‘putih’. Ternyata kita masih hidup dalam dunia kuno nampaknya. Tu pasal lah produk Qu Puteh laku.
Untuk mengekalkan tema perkahwinan, watak-watak sampingan dalam drama ini bertindak sebagai tukang cari jodoh. Kita lihatlah sebagus mana khidmat watak-watak ini.
Tambahan pula, oleh kerana judulnya ‘Kecoh Kahwin‘, Min nak lihat kekecohan pada episod terakhir ala Gila-gila Pengantinnye movie. Tak kisah lah mana satu.
Oleh kerana watak Aminah sendiri pun single, tak hairanlah kalau kekecohan itu dicetus oleh dirinya sebab dia nak tamatkan gelaran jandanya itu.
Also, drama ini ingatkan Min akan cerita Ejen Cinta. Serupalah vibesnya.
Secara keseluruhan, drama Millenia Motion Pictures ini amat menghiburkan buat satu keluarga. Ia lucu, mempunyai skrip yang tidak kedengaran kaku, lakonan sempoi dan light-hearted. Kalau korang bosan dengan drama yang terlalu serius seperti S.P.Y., Identiti, Dualiti, Bidadari dan lain-lain di Suria, boleh tonton ni.
– Pengkritik Sandiwara