5 sebab korang mesti tengok S.P.Y.

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya uolls nak sokong drama setempat, korang mesti tonton S.P.Y. di MeWatch.

Drama polis-polis yang baru berakhir Selasa lalu bukan saja ditulis dengan baik, lakonan mantap oleh barisan pelakon hebat lagi berbakat membuat penonton ingin terus menonton drama ini.

Oleh itu, Min akan kongsi mengapa uolls harus tonton drama ini.

Plot twist

Antara unsur menarik yang diterapkan dalam drama 13 episod ini adalah plot twist yang dirahsiakan daripada penonton.

Di pertengahan drama bersiri Ochre Pictures ini, penonton dikejutkan dengan identiti sebenar dalang The Boys. Siapa sangka rakan baik Yusuf – yang juga seorang yang pernah ingin menjadi polis – merupakan ketua samseng? Patutlah nama samseng Azrul pun lemah… The Boys?????

Pemutarbalikan plot ini tidak terhenti di situ. Yusuf juga merahsiakan perkara sebenar daripada penonton. Dia telah mengikut arahan Azrul padahal di dalam fikirannya, Yusuf telah merancang sesuatu yang lebih besar untuk menangkap individu yang bersalah.

Babak gadis-gadis di lori tapi ternyata dadah juga contoh unsur plot twist merupakan tema utama dalam drama ini.

Oleh kerana unsur plot twist begitu ketara, kematian Jamal juga dianggap musykil. Seolah-olah ia dipura-purakan sebagai perancangan Yusuf.

Tapi realitinya adalah Jamal telah tiada.

Min berpendapat bahawa cara unsur/tema plot twist dibentangkan dan digunakan dalam drama ini sungguh baik dan berkesan sekali. Sekiranya anda suka dikejutkan, inilah drama yang harus anda tonton!

Barisan pelakon hebat

Drama ini sememangnya tidak akan berjaya tanpa mereka yang menghidupkan watak-watak dalam drama ini.

Penonton dapat lihat bagaimana pelakon baru dan pelakon yang lebih berpengalaman begitu serasi dan bersahaja apabila di depan kamera.

Tentu sekali, penulis skrip juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan seseorang watak. Oleh itu, Min rasa pelakon dan penulis skrip telah berjaya bekerjasama untuk menyampaikan karya ini.

Terutama sekali Salif Hardie dan Iskandar Shah.

Keserasian mereka sebagai Johari dan Jamal begitu natural sekali. Min suka dengan pembangunan watak mereka. Dari dua rakan kerja yang tidak boleh bekerjasama sehinggalah menjadi seperti aur dan tebing.

S.P.Y. juga menampilkan watak Mo yang dilakonkan oleh Aric Hidir Amin.

So kalau uolls rindu dengan lakonan hebatnya, bolehlah tonton S.P.Y.!

Penuh aksi

Selain itu, drama S.P.Y. juga penuh dengan aksi.

Ada adegan lari-lari, lawan-lawan, pukul-memukul.

Korang yang suka violence di TV, tengok ler.

Kesihatan mental

Jika anda perasan, drama ini juga meningkatkan kesedaran akan kesihatan mental.

Dalam episod pertama, mereka menitikberatkan kesihatan mental rakan-rakan mangsa yang telah mati.

Unsur ini juga diulangi dalam episod-episod seterusnya, secara tersirat dan tersurat.

Sebagai contoh, bagaimana Alyssa tidak lagi bekerja untuk unit SPY setelah insiden berkaitan Maria yang agak traumatik telah berlaku kepadanya.

Lokasi menawan

Menonton S.P.Y. membuat Min ingin teroka tempat-tempat penggambarannya!

Ada tasik lawa, taman penuh kehijauan, IG-worthy lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, lokasinya di kawasan Yishun dan Bukit Timah!

Negatifnya?

Jadi… apa yang Min tak suka tentang drama ini?

Well, selain nama The Boys, Min rasa inti filler di mana Sabrina Nasir muncul tak masuk akal.

Wataknya seorang retis meletop yang popular dan akan menjadi bintang filem.

Kenapa dia laporkan kepada polis tentang isu gambarnya yang diphotoshop dengan gambar bogel??????

Pergilah upah peguam. Gambar tu belum disebarkan pun!

Kalau watak Sabrina bukan gadis popular/kaya, bolehlah dia lapor kepada polis.

Ok, tu je. Selamat menonton!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: mediacorp)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s