Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempena ulang tahun ke-400 penulis ikonik Perancis, Molière, Wild Rice bakal mempersembahkan adaptasi baharu Tartuffe: The Imposter.
Disesuaikan oleh Joel Tan, pembaharuan yang berani dan mencetus pemikiran akan karya satira Molière ini akan diarahkan oleh Pengarah Artistik Bersama Wild Rice, Geln Goei.
Menurut Pengasas Pengarah Seni, Ivan Heng yang turut menjadi salah seorang pelakon utama, “Joel telah menulis adaptasi lucu sebuah klasik dunia di mana Glen dan diri saya sudah lama harap untuk pentaskan buat bertahun lamanya.”
Pertama kali diterbitkan pada 1664, penonton dikenalkan dengan watak Tartuffe, seorang penipu yang kacak, menggoda yang menyamar sebagai seorang warak.
Huru-hara jadinya apabila watak Orgon, seorang jejaka kaya tapi lurus bendul, terpedaya dengan kata-kata Tartuffe.
Walaupun karya ini sudah berabad lamanya, penonton pasti dapat menikmati persembahan ini kerana malangnya ia tetap relevan hingga hari ini.
Untuk melihat kekecohan terbongkar dalam Tartuffe: The Imposter yang dibintangi Ivan Heng
Benjamin Chow, Pam Oei, Oon Shu An, Jo Tan, Shane Mardjuki, Brendon Fernandez dan Dennis Sofian, anda boleh dapatkan tiket-tiket anda di sini.
Tartuffe: The Imposter berlangsung dari 7 hingga 24 April 2022 di The Panggung Ngee Ann Kongsi @ Wild Rice, Funan.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Wild Rice)