Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pentas Wild Rice di Funan akan ‘dipimpin’ oleh empat pengarah teater muda mulai bulan ini.
Di bawah Program Residency Wild Rice, penggiat teater ini – Victoria Chen, Hazel Ho, Sim Yan Ying ‘YY’ dan Thong Pei Qin akan menerajui empat terbitan baru.
Program ini merupakan daya usaha baru syarikat teater setempat ini, yang selama ini memberi peluang latihan kepada pelakon.
“Apabila Covid-19 menyebabkan teater kami untuk ditutup, kami bertekad untuk tukar arah daripada membuat persembahan kepada membina projek,” jelas Ivan Heng, pengasas dan pengarah artistik Wild Rice.
Daripada akhir bulan ini, penonton akan disaji dengan empat persembahan yang akan berlangsung hingga Febuari, bermula dengan MINE, CAFÉ, BULL dan WHERE ARE YOU?
MINE
Diarah oleh Thong Pei Qin, Mine sebuah karya yang penih jenaka, kesedihan dan melihat kepada sudut gelap di tempat-tempat kita sering alpa di mananya cahaya dan cinta.
Mine ditulis oleh Tan Suet-Lee dan Chanel Chan dan Karen Tan, bakal berlangsung pada 26 hingga 28 November.
CAFÉ
Persembahan triller psikologi arahan Hazel Ho ini mengajak kita kita untuk lihat diri sendiri dan cara kita hidup dalam Singapura yang serba moden. Kenapa ada perkara kita berani hadapi, dan segelintir kita tolak tepi saja?
Café ditulis oleh Joel Tan dan dilakonkan oleh Adib Kosan, Ants Chua, Darren Guo, Elizabeth Loh dan Seong Hui Xuan, ditayangkan dari 3 hingga 5 Disember.
BULL
Karya Mike Bartlett ini melibatkan office politics, kapitalisme, pembulian, pengangkatan bola di tempat kerja dan masyarakat kita. Adakah ini semua patut?
Berlangsung pada 7 hingga 9 Januari 2021, persembahan Bull arahan Victoria Chen ini menampilkan barisan pelakon seperti Dennis Sofian, Brian Nai, Oniatta Effendi dan Selma Alkaff.
WHERE ARE YOU?
Pertama kali dipentaskan di New York tahun lepas, Where Are You? akan dihidupkan semula oleh arahan Sim Yan Ying ‘YY’ dengan kerjasama bersama artis-artis Singapura.
Persembahan ini berusaha untuk menunjukkan bagaimana seseorang boleh bicara tentang kematian dengan terbuka. Ia bakal dipentaskan pada 4 hingga 6 Febuari tahun depan.
Dibintangi oleh Al Hafiz Sanusi, Hafeez Hassan, Deborah Hoon, Aiswarya Nair, Rachel Nip, Shanice Nicole Stanislaus dan Zora Smith.
Tiket-tiket akan dijual melalui wadah Sistic. Kesemua persembahan ini akan dipentaskan di Wild Rice @ Funan.
– Pengkritik Sandiwara
[…] ulang tahun ke-400 penulis ikonik Perancis, Molière, Wild Rice bakal mempersembahkan adaptasi baharu Tartuffe: The […]
LikeLike